Saturday, January 31, 2009

Memancing Katak@Kodok



(nyanyikanlah dengan harmoni)

lompat si katak lompat,
lompatlah tinggi-tinggi,
cepatlah Y.B cepat,
kalau hendak melompat parti.

lompat si katak lompat,
lompat ke arah depan,
cepatlah Y.B cepat,
jangan salah termakan umpan.

lompat si katak lompat,
lompat di atas papan,
cepatlah Y.B lompat,
bila dah kalah Ketua Bahagian.

lompat si katak lompat,
lompat ke sawah padi,
cepatlah Y.B lompat,
jangan hirau perasaan pengundi.

katak di sana sini,
sedang cuba melompat,
mestilah rasa rugi,
kalau tak lompat tak dapat pangkat.





Friday, January 23, 2009

Terfikirkah kita???

PAS: 29

PKR: 31

DAP: 23

Setelah menawan Kuala Terengganu, PAS kini telahpun menduduki 29 kerusi parlimen. Justeru, secara nisbahnya, PAS merupakan rakan kongsi kedua terbesar dalam Pakatan Rakyat, itupun hanyalah ketinggalan 2 kerusi berbanding PKR. Justeru, selepas ini, janganlah ditakuti gertakan si Lim Guan Eng atau si Karpal Singh yang memang tidak merelakan syiar Islam di bumi Malaysia. Janganlah takut untuk bersuara lantang memperjuangkan isu hudud dan qisas. Jangan dilayan ugutan keluar pakatan oleh rakanmu yang begitu mencurigaimu. Perjuangan dan asas parti tidak boleh digadaikan hanya kerana takutkan ugutan si rakan kongsi yang paling kecil. Hidup Islam!!!!

Si kecil berhati besar (diilhamkan oleh "mata ku juling"


Dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu, pada ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.

Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.

Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu…

“Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?”

Burung kecil itu menjawab,

“Paling kurang, nanti bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah nanti, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini”


Untuk hikmah dan muhasabah:

Semenjak pengumuman pemboikotan barangan dari Israel dan Amerika, bilangan barang yang diboikot bukanlah persoalan utama, tetapi sudahkah kita sedar betapa lemahnya Umat Islam pada waktu ini?sudahkah kita perbetulkan perspektif kita, membina semangat untuk memulakan inisiatif memperbaiki kelemahan itu. Mulakanlah suatu usaha untuk membantu Islam, walaupun sedikit, yang penting konsisten@istikomah. Sebarkanlah ideologi yang kita boleh hidup tanpa Amerika dan Israel serta sekutu-sekutu mereka. Umat Islam pasti Cemerlang!AllahuAkbar!!

Saturday, January 17, 2009

Wahai Haji Abdul Wahid bin Endut!




Wahai Haji Abdul Wahid bin Endut,
telah datang amanah Allah padamu,
seruan menegakkan kebenaran,
melaksanakan keadilan,
menjunjung daulah keimanan.
Maka jangan kau sangsikan lagi tujuan,
jangan kau dustakan lagi kepercayaan,
jangan kau berpaling dari perjuangan.
Katakanlah yang benar itu benar,
yang hak itu hak,
yang betul itu betul.
Tegaskanlah yang salah tetap salah,
yang batil tetap batil,
yang kotor tetap kotor.

Di akhirat kelak kau tak akan lepas,
daripada soalan yang menyesakkan nafas,
adakah amanah telah kau lunas?
adakah mungkar telah kau banteras?

jika lulus, ke 'bahagia' kau terus,
jika mampus, ke 'jahanam' kau hapus.

Keputusan Pilihanraya kecil P36

Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Jumlah Undi: 30,252
Mohd Abdul Wahid Endut
Jumlah Undi: 32,883
Azharudin Mamat
Jumlah Undi: 193
Info:
Majoriti:2,631
Undi Rosak:665
Pemilih berdaftar:80,229
Keluar Mengundi:63,993
% Keluar Mengundi:79.9%






ihsan Berita Harian

Tuesday, January 13, 2009

Produk Israel yang seboleh-bolehnya cubalah diboikot.


Brands and labels to boycott:

1. Fast Food
- Mc Donald's
- KFC

2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes

3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel

4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex

5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem

6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren

7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew

8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks

9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee

10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee

11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel

12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN

13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard

14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York

15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company

Thursday, January 8, 2009

Salam P36



Rakyat Malaysia pastinya menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang dijangka cukup ‘hangat’ dan ‘panas’. Pada pilihan raya kecil 17 Januari ini, pertandingan ini akan melibatkan calon BN, Wan Ahmad Farid menentang calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat. Alangkah meriah piliha raya ini sekiranya ada pihak yang menaja calon Bebas bersemangat tinggi, Tok Mun yang bertanding demi bangsa, agama dan Negara.



Seperti biasa, tatkala adanya pilihanraya, tiba-tiba sahaja ahli-ahli politik menjadi begitu prihatin kepada semua. Mereka sanggup ke kedai kopi, kononya nak tinjau keadaan rakyat dengan mata sendiri. Ada yang sanggup berjalan kaki, meredah aur dan sawah padi, dengan hasrat nak jumpa pengundi. Pada masa kempen ini, petah mereka begitu manis, janji ditabur begitu puitis, undilah saya, pasti perubahan akan dibawa.



Gelagat penyokong-penyokong parti juga tidak kurang memualkan. Sesama agama sesama bangsa sanggup berbalah, ada yang kena tumbuk sampai rebah. Sepatutnya masa mengundi, kita mengundi, kenapa nak perlu berprovokasi. Gaduh sana gaduh sini, yang ruginya bangsa sendiri.



Tidak kurang menariknya selepas tamat pilihan raya. Wakil rakyat yang prihatin pada semua, tiba-tiba hilang entah ke mana. Tidak ada lagi aksi duduk bersila bersama rakyat, atau gelagat mesra bergurau senda. Kalau rasa rindu nak tengok wakil rakyat masuk kampung berjalan kaki, sama-sama kita tunggu 5 tahun lagi.



Politik untuk membela rakyat atau sekadar mendapat mandat?

Politik untuk manabur jasa atau sekadar inginkan kuasa?

Berdoalah Wahai Muslimin


ISRAEL LAKNATULLAH
semoga Allah menjahanamkan orang-orang zalim
-Amiin-