Monday, June 1, 2009

Isu si katak yang tak kunjung sudah….

Sesungguhnya katak lompat parti lebih merbahaya daripada katak beracun di Amazon.


Andainya kerajaan BN pada tahun 2003 yang hanya memerlukan satu lagi kerusi mencanang pembentukan kerajaan negeri Kelantan dengan mempromosikan budaya lompat parti, pasti pimpinan pembangkang khususnya PAS menyinga dengan mengatakan BN gila kuasa dan tak sedar diri. Pasti kata mereka mandat rakyat perlu dihormati dan kerajaan yang dipilih perlu terus mentadbir negeri.

Namun, pelan 16 September Anwar Ibrahim disambut dengan tangan terbuka oleh pakatan pembangkang. Bukan satu kerusi yang diperlukan malah 30 ahli parlimen dikehendaki untuk melompat barulah tercapai matlamat pembentukan kerajaan baru di Putrajaya. Pelan peralihan ini disambut dengan sepenuh hati dan ada juga yang telah mula berangan nak jadi menteri.

Hendak dijadikan cerita, Adun Bota yang pula melompat. Pemimpin pembangkang mengatakan inilah yang menjadi bukti betapa suburnya demokrasi. Tetapi panas yang disangka sampai ke petang, hujan pula menjengah di tengahari. “U turn” oleh Adun Bota dan lompatan akrobatik oleh 3 adun pembangkang mengkomplikasikan segala ceritera.

Pembangkang tak dapat menerima bahawa mereka kini telah kehilangan kuasa. Protes jalanan, bersidang bawah pokok, saman-menyaman dan mogok lapar menjadi plot kepada penentangan yang direncana. Jerat mengena diri sendiri.

Persoalannya, siapakah bersalah dalam hal ini? Seandainya semua parti politik betul-betul menghormati dan memahami apa itu ertinya demokrasi, pasti tidak berlaku perkara seumpama ini. Rakyat Malaysia sudah penat dihidangkan dengan permainan politik. Banyak lagi benda berfaedah yang hendak difikirkan.Hentikanlah!!!!!!!

Bingkisan untuk Renungan

Ahli politik memang menyusahkan….

Ahli politik memang menyerabutkan…

Gila kuasa…

Gila pangkat…

Natijahnya, rakyat menderita…

Natijahnya, rakyat yang sengsara…

Cubalah fikirkan juga masa depan Negara,

Ekonomi yang dilanda gerhana,

Kebejatan moral yang melanda,

Ketegangan kaum yang semakin membara.

Berdamailah kalian,

Lupakan segala sengketa,

Kuasa di dunia kuasa sementara,

Hukuman setimpal menanti di sana.

Hidup kita bukanlah untuk hari ini semata,

Hari esok pasti jua menjelma,….

Berilah peluang untuk anak-anak, cucu-cicit kita di masa depan

untuk merasai nikmat kebahagiaan dan erti perpaduan,

janganlah kalian punahkan keharmonian yang sekian lama kita kecapi selama ini

hanya kerana kebencian kalian sesama sendiri…..



Renung-renungkan, dan selamat beramal... =)