Friday, December 24, 2010

termanggu ku memikirkannya...





Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

dalam meniti hari usiaku, aku selalu mendambakan insan yang setulus kasih Anna Althafunissa.. namun aku sering termanggu. adakah aku sebenarnya layak? kerna aku bukanlah abdullah khoirul azzam..

sebelum tidur, sering juga berlegar-legar dalam kotak mindaku akan sepotong ayat Quran dalam surah an-Nur, ayat 26 yang memperihalkan tentang ketentuan bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Wednesday, December 22, 2010

Sampai ke Hujung Dunia....





Cinta ini Menggelisahkan Aku

Membuat aku Gila

Andai Kita Terpisah

Mati Rasa-rasaku


Cinta ini Membodohkan Aku

Menutup Akal Sehatku

Andai Engkau Tak Di Sisi

Risau Isi Jiwaku


Selama Kau Belum Jadi

Milikku Yang Utuh

aku Akan Slalu Milikimu

Selama Bumi Masih Kan Terus Berputar

aku Akan Selalu Menujumu

Walau Ke Ujung Dunia


Cinta ini Membodohkan Aku

Menutup Akal Sehatku

Andai Kita Terpisah

Mati Rasa-rasaku....


inilah hakikat cinta..kadang, kala amat sukar tuk difahami.iany bisa menjadikan manusia tak keruan. namun ia juga berupaya menjadikan manusia begitu bersemangat untuk menempuh hari-hari mendatang..begitu uniknya sentuhan cinta. ia sebenarnya membinasakan bg yg lemas. tetapi ia juga menjadikan manusia untuk lebih berjaya bg yg mampu mengharungi gelombang badainya.

teringat pula kata-kata Oscar Wilde yang berbunyi "A man wants to be a woman's first love, but a woman wants to be his last." sejauh manakah benarnya kata-kata ini?

Monday, December 13, 2010

angin...bayu..bawalah bersama pesanku ini...




Permataku ~ Mirwana

Sunyi…selubungi malam…
Mengusik minda yang terlontar jauh…
Masih hangat terasa …
Tangan yang membelai yang mengusik manja…
Daku damba kasihmu…
Biar jadi pedoman…
Buat penyuluh jalan kugapai impian…


Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…


Hadirlah…kau dalam mimpiku…
Agar kau selalu…ada disisiku…
Rindu belaian kasihmu…Rindu senyumanmu…
Penawar lukaku…
Dengarkan laguku…hadiah untukmu…
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya…


Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu…


Dikaulah cahaya…
Bila malam menjelma…
Kasihmu membawa ke syurga…
Dan redha yang Esa…

Angin…kau nyanyikan lagu…
Untuk permataku…tenang selalu…
Bayu…sampaikan berita…
Daku kini ceria…aman dan bahgia…
Selimutkan rinduku bersama malammu



melodinya yang bersahaja, liriknya yang bermakna sudah cukup membuatku dibuai rasa. ku berharap, ku berdoa agar si dia yang ku umpamakan seperti sebutir p.e.r.m.a.t.a yang berharga sentiasa kuat, TABAH,, ceria dan yang paling penting sentiasa dilindungi olehNya..seperti bait-bait dalam barisnya, lagu ini benar-benar mengusik mindaku yang kian terlontar jauh..jauh dan semakin jauh...

kpd si dia, walau langkah disusun lara. walau tingkah membekas sengsara. jangan sesekali berputus asa...

teringat kata-kata Professor Hamka:_-----> telah banyak perkara yang telah ku fahami dalam dunia ini kecuali WANITA.......

Monday, December 6, 2010

sebuah penantian




jika satu hari nanti, awak sudah ada teman lain,pergilah, jangan toleh pada saya di sini lagi....

sy tidak akan pernah halang awak.....



.....namun.....jika suatu hari, teman awak tinggalkan awak...


maka berpalinglah..tolehlah ke belakang..kerana saya masih ada di sini, sedia menanti untuk menemani awak..untuk selama-lamanya...


"true love did never run smooth" - William Shakespeare

Wednesday, December 1, 2010

melody of love




in the rhythm of love,

we sometimes find ourselves out of tune....

but as long as there's someone who provides the melody,

the music plays on...

Thursday, October 28, 2010

kau dan cintaku....

Pertemuan dengannya benar-benar mengajarku apa itu sebenarnya erti cinta. Sudah takdir,betapa aku telah kenal dengan seseor ang yang benar-benar mencuri hatiku. Tidak ku tahu mengapa, apakah kerna lirikan matanya mahupun senyuman manisnya, aku tidak tahu kenapa hatiku begitu mudah dicuri olehnya. Anganku padanya terus menerjah kehidupan masa depan, betapa kami disatukan untuk hidup berteman tuk masa-masa mendatang.

Andainya mampu kukirimkan pada angin,akan ku kirim 1001 harapan ku ini. Andai ku mampu layarkan bahtera cinta, akan ku redah lautan samudera, hanya kerna ingin ku nyatakan betapa hatiku sejak detik itu adalah miliknya.
Benar kata orang, masa tak pernah menunggu sesiapa. Peluang yang terhidang perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya. Namun, aku begitu lemah. Aku tiada keyakinan pada diri. Tidak pernah kuluah apa yang terbuku di hati. Aku hanya mengagumi dirinya dari jauh. Cintaku ini hanyalah cinta dalam hati.

Aku pernah cuba menghubunginya dan betapa ku gembira bahawa dia juga sebenarnya mengenaliku. Namun semua itu hanyalah selepas dia tiada lagi di university pengajianku,sebaliknya telah berpindah ke sebuah university lain untuk tahun pertama ijazahnya. Semua itu juga setelah dia sudah pun mempunyai insane lain sebagai teman hati. Luluh hatiku! Hancur perasaanku. Dunia ini seolah-olah gelap seketika pabila ku tahu hakikat yang sungguh pedih ini.

Kini setelah bertahun lamanya, aku masih menaruh harapan untuk bersamanya. Walau tidak dapat ku menjadi makhota hatinya, cukuplah untuk ku tahu bahawa dia gembira bersama insane tersayangnya. Dia tetap permaisuri jiwaku, maharani cintaku.

Benar kata orang, kita tak punya alasan untuk jatuh cinta.kita tak punya sebab untuk mendamba sekeping hati manusia. Cinta tidak pernah menetapkan syarat kepada pemujanya. Sehingga ke saat ini, tidak pernah ku tahu dan tidak juga ingin ku tahu mengapa dia benar-benar telah menjerat hatiku. Maka biarlah aku mengerti bahawa kasihku ini hanya sebagai kenangan yang tak sesekali akan ku lupakan.

aku, dia dan cinta dalam hati...

(dihasilkan berdasarkan kisah benar yang dialami oleh seorang rakan. ditulis atas permintaan beliau)

Saturday, September 11, 2010

epilog sebuah memori....




Salam di angin lalu kutitipkan khas buatmu insan yang pernah ku sayangi…samoga tak kala membaca coretan ku ini dirimu masih lagi sehebat seperti yang ku kenali dahulu…Aku sememangnya tidaklah lagi segagah Hang Jebat mahupun sesetia Hang Tuah.

Namun.. aku hanyalah insan yang kerdil yang masih tidak pasti bagaimanakah berakhirnya episod kasih kita yang kini dimendungi mega kelabu membayungi perkasihan ini.

Pada mulanya aku pasrah merelakan pemergianmu walaupun pada dasarnya tanpa relaku kau pergi… Ku sangkakan dirimu sedang bahagia bersama si dia, tapi sangkaan ku meleset kerna dirimu juga tidak bahagia. Tapi aku sebaliknya sedang berbahagia bersama keluarga yang sedang aku miliki ..Sehinggalah kau hadir semula dalam dairi hidupku..aku kini umpama mengejar jejalur pelangi yang pasti akan hilang jua apabila tiba masannya nanti.

Maafkan aku kerana tidak dapat membahagiankanmu sebagaimana pernah kita dambakan suatu masa dahulu. Aku hanya dapat mencapai bayangmu sedangkan jasadmu jauh di sana..

Dikesempatan ini aku mengharapkan agar dirimu akan bertemu jua dengan seorang insan yang benar-benar dapat mengasihimu malah lebih baik lagi dariku yang aku tidak mampu membahagiakanmu sebagaimana yang kau harapkan….

Suka duka yang pernah kita lalui bersama akan aku jadikan urutan diari kehidupan ini…aku juga masih ingat segala memori tak kala kita bersama suatu waktu dahulu…..Semoga kau akan bertemu jalan kebahagiaan secepat mungkin, kerna selagi tidak aku juga tidak akan aman mengenangkan betapa bersalahnya diriku pernah mensiakan peluang yang ada dahulu. Kerna andai dapat ku undurkan masa ingin ku ubah semula agar kita sama-sama dapat ke puncak bahagia.

Maafkan aku kiranya hadirnya warkah usang ku ini mengganggu kedamaian yang sedang kau miliki kini… pengakhir bicara aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan terindah darimu.

Selamat tinggal sayang…selamat tinggal pujaan……..apa yang tinggal hanyalah sekeping hati dan sebuah memori yang takkan padam dari hati ku…

nukilan oleh: MNH

Tuesday, August 10, 2010

cinta terakhir


setiap pelosok dunia aku lewati
untuk mencari sebuah cinta yang suci dan sejati
aku tahu aku akan dipertemukan dengan cinta ini
cinta yang akan mengisi hari-hari ku..............

cinta yang aku cari selama ini
datangnya dalam diam
cinta yang aku impikan
telah dapat aku temui..............

saat aku mahu bahagia dalam pelukanmu
kau tenggelamkan perasaan ku
kau biarkan aku terkapai-kapai dalam cinta ini
apakah kau tidak lagi menyanyangi ku?
atau adakah kau sememangnya tidak punya perasaan padaku?

aku masih berharap
aku masih dapat melihat sinar harapan
maafkan aku kerana masih mahu mengharap
maafkan aku kerana masih mahu mencintai dirimu...........

berikanlah aku masa
aku berjanji seandainya cinta ini tidak milikku
akan aku lupakan mu
akan aku lepaskan mu
akan aku ikhlaskan mu...........

walau dengan luka
aku akan terima
mungkin tiada cinta antara kita
dan mungkin tidak pernah ada bibit cinta antara kita.........

yakinkan diriku
tiada cinta lain
inilah cinta aku
inilah cinta terakhirku..................

Nukilan: Geum Suk Wei

Saturday, June 5, 2010

renungan bersama...


Salam, renungi sejenak. dari wall seorang hamba Allah....

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada

anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
...
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata,

"Saya ada

satu

permainan...

Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan

kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah

"Kapur!",


jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"


Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru

bersilih-ganti

mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!",

jika saya angkat

kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi,

tentu

saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk

mengubahnya.

Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok

lagi.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.




Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita

umat Islam.

Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita

begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita

memaksakan

kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang

haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi

kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan

pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa

dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya.

Musuh-musuh

kita

tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni

akidah/hukum Islam

dari masa ke semasa.


"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina

tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa

rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan

yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,

materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya

sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit

menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya

Guru kepada anak muridnya.




"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......


"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda




berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil




Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"




Murid-muridnya berfikir .

Ada yang mencuba dengan tongkat, dan

selainnya.




Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil

Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..

"Murid-murid,

begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan

memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan

menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam

dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara

ansur-ansur,

sehingga kita tidak sedar.




"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang

kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.




Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn

tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,




kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah

dihancurkan. ..."


"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan

menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga

meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan

mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini

semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang

dijalankan oleh musuh musuh kita... "


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"

tanya

murid- murid.




"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya

Perang

Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan

sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,

kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".




"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita

berdoa dahulu sebelum pulang..."
(dipetik dari mana saya lupa...maaf)
dipetik dari wall kbsb..Bard.

Wednesday, May 26, 2010

F**K????










Aku terkeliru, dan sering termanggu…

Fikiranku buntu, memikirkan sesuatu,

Perkara yang sering kufikirkan sedang berlaku,

Baik dalam kalangan rakan mahupun orang kampungku….


Ia berlaku, di mana-mana,

Baik di desa mahupun di kota,

Oleh yang mudamahupun si kerepot tua...


Isyarat ditunjuk dengan penuh lagak,

Penuh perasaan membuak-buak,

Tanda ‘ganasnya aku’ mempamer emosi,

Tak berpuas hati membuak di hati…


Isyarat ini apa maknanya?

Mengapa dijaja seantero Negara?

Banggakah kalian sering menunjukkannya?

Walhal sekadar mencemar akhlak manusia?

Ke mana menghilang peradaban yang dibangga?

Wednesday, May 19, 2010

Epilog diriku...


ibu…ibu..Engkaulah ratu hati ku,,,

Kau kendong aku 9 purnama lamanya,

Sehinnga aku dilahir untuk melihat dunia yang fana…


Tapi ibu, kenapa kau buang dan campak aku,

Walhal aku berasal dari perutmu....

Walhal aku bersalasilah dari keturunanmu…


ibu..ibu..dengarlah rintihan suaraku…

Aku tahu aku hanyalah insan yang lemah,

Tak mampu berbuat apa-apa untuk menggembirakan dirimu..

Tapi berdosakah aku wahai ibu, sampai tak sanggup untukmu pangku dan belai diriku???

Terlalu hinakah aku wahai ibu, hatta tak sanggup untuk kau jaga dan besarkan aku???


Memang benar, aku dilahirkan hasil dari dosa silammu…

Lantaran kerakusan dirimu malampiaskan nafsu serakahmu…

Aku hadir kedunia tanpa diundang apatah untuk disambut dengan senyuman…


Aku juga ingin mengenal dunia seperti insan-insan lain…

Aku juga ingin hidup seperti rakan-rakanku, yang dipuja, dikucup dan ditatap dengan

penuh kasih sayang oleh ibu dan ayah mereka…


Mengapa tergamak wahai ibu, kau tinggalkan aku???

Aku juga diciptakan Tuhan sama sepertimu, untuk menjadi khalifah di muka bumi ini…


Tidak mengapalah ibu,

Andai itu yang kau rasa terbaik untukku, apakan daya diriku….

Aku hanyalah insan yang lemah, tak mampu berkata-kata,

Walau untuk melawan tatkala ditinggal dan dibiar hina…


Namun,

Aku juga punya Tuhan…Tuhan yang sayangkan aku…

Kelak kita akan berjumpa juga, di alam abadi, yakni kehidupan selepas mati…

Aku juga ingin kenal siapa itu ayahku yang sebenar…


Saturday, March 27, 2010

Mari bersatu atas dasar mempejuangkan agama.


pada hari ini kita lihat kecelaruan politik yang begitu membimbangkan,
perpaduan bangsa seolah-olah sekadar mainan,
mana tidaknya, dari isu mempertikai keputusan istana sehinggalah kepada pertikaian hak bumiputera, seolah-olah semua ini dimainkan sesedap rasa...

pada hari ini, ayuhlah kita bersatu atas dasar memperjuangkan agama, kita ketepikan segala prasangka, kita jadikan ikutan, sebagai model teladan, bagaimana Baginda Rasulullah S.A.W mentadbir negara, semua bangsa, keturunan dan agama hidup sejahtera.

Islam is always the best way of life :)

Monday, January 4, 2010

Sambutan Tahun Baru

Beberapa hari yang lalu penduduk di seluruh dunia menyambut sambutan tahun baru masihi. Ada yang meraikannya dengan program keagamaan dan ada juga yang merayakannya dengan pesta dan hiburan. Di bandar-bandar besar terutamanya, sambutan dengan nyalaan bunga api yang sebelumnya disusuli dengan konsert sudah menjadi kelaziman dan amalan dalam masyarakat pada hari ini. Malaysia juga tidak terlepas daripada bahang sambutan tahun baru. Sambutan ambang merdeka yakni menunggu tibanya detik 12 malam diadakan di merata tempat. Masing-masing begitu teruja untuk meninggalkan tahun 2009 dan melangkah ke tahun baru 2010.

Namun demikian, apa yang menyedihkan ialah apabila kita memerhatikan cara dan bentuk sambutan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia pada masa kini. Malam tahun baru merupakan masa yang sangat sibuk bagi penguatkuasa jabatan-jabatan agama Islam di seluruh negeri untuk melakukan operasi serbuan dan tangkapan pasangan-pasangan yang berkhalwat. Ada yang melakukan ‘projek’ di dalam kereta, ada juga yang menjadikan hotel murah sebagai tempat bersama. Bagi mereka, sambutan tahun baru akan lebih bermakna seandainya dapat bermadu kasih, melampiaskan nafsu yang terpendam selama ini.
Tidak dilupakan ialah sambutan baru dengan lumba haram yang dianjurkan oleh anak-anak muda. Malam sambutan tahun baru juga merupakan malam bagi mat-mat rempit bergadai nyawa berlumba motor sesama mereka. Walaupun operasi dan sekatan jalan raya dilakukan secara bersepadu oleh pihak polis dan penguatkuasa Jabatan pengangkutan Jalan pada malam sambutan tahun baru, itu semua tidak pernah diendahkan mereka. Keberanian mereka untuk merempuh sekatan jalan raya sememangnya membimbangkan kita semua.
Dalam kepesatan pembangunan yang melanda Negara pada hari ini, krisis jati diri dilihat semakin hari semakin parah dan menggusarkan kita semua. Mana tidaknya, agama tidak lagi dijadikan sandaran dalam kehidupan, sebaliknya terus disisihkan. Nilai-nilai moral pula bukan lagi menjadi pegangan sebaliknya budaya hedonism yang menjadi ikutan. Cara pemakaian Bohemian terus menjadi trend masa kini yang sekali gus menyumbang kepada kebobrokan akhlak golongan muda.