Saturday, September 11, 2010

epilog sebuah memori....




Salam di angin lalu kutitipkan khas buatmu insan yang pernah ku sayangi…samoga tak kala membaca coretan ku ini dirimu masih lagi sehebat seperti yang ku kenali dahulu…Aku sememangnya tidaklah lagi segagah Hang Jebat mahupun sesetia Hang Tuah.

Namun.. aku hanyalah insan yang kerdil yang masih tidak pasti bagaimanakah berakhirnya episod kasih kita yang kini dimendungi mega kelabu membayungi perkasihan ini.

Pada mulanya aku pasrah merelakan pemergianmu walaupun pada dasarnya tanpa relaku kau pergi… Ku sangkakan dirimu sedang bahagia bersama si dia, tapi sangkaan ku meleset kerna dirimu juga tidak bahagia. Tapi aku sebaliknya sedang berbahagia bersama keluarga yang sedang aku miliki ..Sehinggalah kau hadir semula dalam dairi hidupku..aku kini umpama mengejar jejalur pelangi yang pasti akan hilang jua apabila tiba masannya nanti.

Maafkan aku kerana tidak dapat membahagiankanmu sebagaimana pernah kita dambakan suatu masa dahulu. Aku hanya dapat mencapai bayangmu sedangkan jasadmu jauh di sana..

Dikesempatan ini aku mengharapkan agar dirimu akan bertemu jua dengan seorang insan yang benar-benar dapat mengasihimu malah lebih baik lagi dariku yang aku tidak mampu membahagiakanmu sebagaimana yang kau harapkan….

Suka duka yang pernah kita lalui bersama akan aku jadikan urutan diari kehidupan ini…aku juga masih ingat segala memori tak kala kita bersama suatu waktu dahulu…..Semoga kau akan bertemu jalan kebahagiaan secepat mungkin, kerna selagi tidak aku juga tidak akan aman mengenangkan betapa bersalahnya diriku pernah mensiakan peluang yang ada dahulu. Kerna andai dapat ku undurkan masa ingin ku ubah semula agar kita sama-sama dapat ke puncak bahagia.

Maafkan aku kiranya hadirnya warkah usang ku ini mengganggu kedamaian yang sedang kau miliki kini… pengakhir bicara aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan terindah darimu.

Selamat tinggal sayang…selamat tinggal pujaan……..apa yang tinggal hanyalah sekeping hati dan sebuah memori yang takkan padam dari hati ku…

nukilan oleh: MNH