Thursday, October 28, 2010

kau dan cintaku....

Pertemuan dengannya benar-benar mengajarku apa itu sebenarnya erti cinta. Sudah takdir,betapa aku telah kenal dengan seseor ang yang benar-benar mencuri hatiku. Tidak ku tahu mengapa, apakah kerna lirikan matanya mahupun senyuman manisnya, aku tidak tahu kenapa hatiku begitu mudah dicuri olehnya. Anganku padanya terus menerjah kehidupan masa depan, betapa kami disatukan untuk hidup berteman tuk masa-masa mendatang.

Andainya mampu kukirimkan pada angin,akan ku kirim 1001 harapan ku ini. Andai ku mampu layarkan bahtera cinta, akan ku redah lautan samudera, hanya kerna ingin ku nyatakan betapa hatiku sejak detik itu adalah miliknya.
Benar kata orang, masa tak pernah menunggu sesiapa. Peluang yang terhidang perlulah digunakan dengan sebaik-baiknya. Namun, aku begitu lemah. Aku tiada keyakinan pada diri. Tidak pernah kuluah apa yang terbuku di hati. Aku hanya mengagumi dirinya dari jauh. Cintaku ini hanyalah cinta dalam hati.

Aku pernah cuba menghubunginya dan betapa ku gembira bahawa dia juga sebenarnya mengenaliku. Namun semua itu hanyalah selepas dia tiada lagi di university pengajianku,sebaliknya telah berpindah ke sebuah university lain untuk tahun pertama ijazahnya. Semua itu juga setelah dia sudah pun mempunyai insane lain sebagai teman hati. Luluh hatiku! Hancur perasaanku. Dunia ini seolah-olah gelap seketika pabila ku tahu hakikat yang sungguh pedih ini.

Kini setelah bertahun lamanya, aku masih menaruh harapan untuk bersamanya. Walau tidak dapat ku menjadi makhota hatinya, cukuplah untuk ku tahu bahawa dia gembira bersama insane tersayangnya. Dia tetap permaisuri jiwaku, maharani cintaku.

Benar kata orang, kita tak punya alasan untuk jatuh cinta.kita tak punya sebab untuk mendamba sekeping hati manusia. Cinta tidak pernah menetapkan syarat kepada pemujanya. Sehingga ke saat ini, tidak pernah ku tahu dan tidak juga ingin ku tahu mengapa dia benar-benar telah menjerat hatiku. Maka biarlah aku mengerti bahawa kasihku ini hanya sebagai kenangan yang tak sesekali akan ku lupakan.

aku, dia dan cinta dalam hati...

(dihasilkan berdasarkan kisah benar yang dialami oleh seorang rakan. ditulis atas permintaan beliau)