Tuesday, September 25, 2012

bayangmu berlegar sentiasa

walau tiada lagi ekspresi cinta,
tak pernah bermakna kau telah ku lupa.

aku sekadar sepikan diri,
bermuhasabah lantas ku sedarkan diri.

telah lama daku tahu,
aku watak serpihan dalam hidupmu.

kini biar aku membawa diri,
kau pergilah dengan kekasih hati.

jika suatu hari kau ingin kembali,
percayalah aku sebenarnya masih menanti,

sekali ku rasa cinta,
dalam anganku bayangmu memang ada.




Saturday, September 22, 2012

55tahunmerdeka:merdekakahkita?

video
video tak seberapa cuma.. dimuat naik sekadar untuk berkongsi rasa. terkadang kita alpa, malah sebenarnya kita kian lupa, betapa kemerdekaan itu bkn sekadar tuk dirai walhal ia perlu dihayati dan diisi....dont forget to pause the song in the playlist first.....