Wednesday, February 27, 2013

episod duka sekeping hati

pernah sakit, tapi tak pernah sesakit ini.
pernah rindu, namun tak pernah serindu ini.

pernah mendamba, tapi tak pernah sedalam ini.
pernah berharap, namun tak pernah setinggi ini.

telah ku pertaruh hati, namun terluka kecewa sendiri
episod duka sekeping hati,
menaruh kasih pada yang tak sudi.

walau sekadar seperti dahulu

sesekali teringat juga
kisah harapan nan sia-sia
tatkala aku begitu mendamba
walhal baginya aku bukan sesiapa.

tak pun aku menyesali
kerna tak pernah ku memaksa hati
perasaan ini hadir sendiri
terkadang wataknya menjengah di alam mimpi

kini aku tak pun ke mana
masih bersama harapan berderai
walau episod ini seakan berakhir
masih ku kutip serpihan kenangan
menjadi harapan hari esok
mungkin si dia kembali lagi.

kembalilah padaku..walau sekadar seperti dahulu.

kembalilah kasih kerna amsih ku menunggu


Wednesday, February 13, 2013

ku juga berhak.

katalah apa sahaja,
asal kalian sentiasa gembira. :) :) 

tuturkan apa mahu,
itu hak asasi individu. (deklarasi PBB 1948)

hadirlah kasih , jengahlah aku selalu
namun ingatlah juga kalian,
ku juga berhak zahirkan perasaan (perkara 10 Perlembagaan Malaysia)

kutuk dan kejilah sesuka hati,
andai itu caramu ekspresi.

baling batu dan tangan sembunyi,
tidak berhikmah dan tiada berani.

oh, andai yg pernah terasa istimewa,
maaf, definisi istimewa bagiku berbeza.

kisah aku dan dia?
masih dan akan ku damba selagi terdaya.

akhir kata,
dalam jaga dan lena,
watak si dia memang ada,
luahan kata ku persembahkan padanya,
bukan untuk kamu, anda dan mereka,
tapi ini semua untuk si dia.



Monday, February 11, 2013

terasa kehilangan.

ku cuba imbas kembali pertemuan kita
betapa di suatu hari ku sungguh teruja
walau ketika itu hanya ku tahu nama
namun sudah cukup menggetarkan jiwa

asmara seolah muncul sendiri
dikaulah watak yang selama ini ku cari
kepergianmu ku tangisi
setiap detik bait katamu menggembirakan hati
membuatku tersenyum sepanjang hari

kisah ini tinggal cerita
bila hadirmu sekejap cuma
gelora cinta yang merasuk jiwa
telah lenyap kau bawa bersama

ku lepaskanmu dengan air mata
sejujurnya...sungguh ku terasa kehilangan.



Sunday, February 10, 2013

gerabak hati

gerabak hati.
perginya penuh mimpi.
pulangnya senyap sepi.

sedihku sendiri,
landasan cinta penuh liku ku lalui
memikirkan hakikat ini.

Saturday, February 9, 2013

masih di sini

pergilah ... tak lagi aku kejari.
menghilanglah... tak lagi aku mencari.

setidaknya aku masih di sini,
mempertahankan rasa dan kasih ini,

kerna telah kita berjanji di suatu hari,
tuk saling ada berdampingan di sisi.

berlalulah... episod duka ini telah kau lengkapi,
hari demi hari, aku masih menanti...
tapi, memang aku masih di sini.

Thursday, February 7, 2013

watak picisan

jangan berhasrat nak kira bintang,
bila bulan tak pun kelihatan.

sedar diri dan refleksikan hati,
sudah tersurat takdir Ilahi.

cumanya pergi si dia caranya begitu,
dibiar aku termanggu dan buntu.

aku watak picisan tiada erti,
aku baginya watak biasa tak cerminkan diri.


memang

memang ku tak punya istana dan harta,
namun padamu ku hampar permaidani cinta.

memang ku insan tak punya segala,
namun padamu ku pertaruh segenggam setia.

memang sejak dulu ku tahu hadirmu sementara,
namun tak ku sangka pergimu begitu sahaja.