Monday, April 21, 2014

duhai kasih.

aku ingin menjadi sang pencinta
yang mencintaimu kerna Ilahi.

aku ingin menjadi mimpi indahmu
tatkala malam membalut diri.

duhai cinta,
hadirmu telah menerka hati
menggetar rindu seorang shukri.

duhai kasih,
terimalah aku seadanya
kerna ku sadar diri ini tidaklah seberapa.

semoga pertautan ini sentiasa diredhai.
kisah ini terus mengukir episod bahagia sekeping hati.

ku lewati batas masa depan...
melangkah pergi penuh pengharapan...



mahabbah rindu dalam sepi hati




Tuesday, March 25, 2014

berakhir sudah cintamu padaku .

senyum tawa di wajahmu menggambarkan gembiranya dirimu.
girangnya perasaan bersulamkan kepastian.
setidaknya tidaklah aku terus keliru dan termanggu.
kerna ku juga sedang menapaki gerbang masa depan.

maka berakhir sudah cintamu padaku.
kisah dan harapan yang sekian lama terbelenggu.
semoga kebahagiaan, kegembiraan terus menjengah,
melakar gurisan bahagia lagi indah.

lantas ku berlalu dengan senyuman
waima digamit sekelumit kegusaran.
apakah pada wajahmu sebenar-benar kepastian?

biarkan hatiku bicara








Wednesday, January 22, 2014

doa seorang kekasih.

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai ...




p.s : antara bait2 lagu doa seorang kekasih.
p.s.s: Ya Allah semoga Kau permudahkan segalanya.



Saturday, January 18, 2014

diari rindu ini...

diari rindu ini,
ku nukil kisah hati,
ku karang episod kasih di jiwa,
perasaan berantakan meruntun pesona cinta.

dalam setiap syair pecinta, ada nama kamu.
dalam puisi romantis,ada kisah kamu.
dalam bait-bait puisi ada pengkisahan tentangmu.
seolah hati diulit rindu, dalam jaga sadar memang ada watakmu...

sebenar-benar ingin ku menjadi,
pencinta setia ke hujung usia,
karena di penjuru sekeping hati,
telah ku ukir dan pateri namamu cinta...



hati ini telah bicara, membingkis jawapan cinta

Wednesday, January 8, 2014

watak khayalan...

selamat tinggal watak pujaan...
gadis khayalan di benak fikiran...

selamat tinggal insan pujaan...
terhenti kasih di tengah jalan.

kini aku mara bersama cinta nan pasti...
melakar pelangi bersama yang sudi...

ilusi kelmarin ku lontar jauh...
tatkala pawana bersulam guruh......

waimapun sedemikian...
semoga langkah ini diberkati...
hela nafas ini diredhai...

aku sang pencari cinta..
mengukir bahagia ukhrawi dan dunia.

selamat tinggal watak ilusi,
khilaf pentafsiran membelenggu diri...selama ini...

selamat tinggal bella,
watak misteri sarat tanda tanya...

semoga  bersama si dia...
kan ku nukil episod gembira..
inshaaAllahutaala.


shuk jun pyo.

Saturday, January 4, 2014

aku mara ke persada bahagia

bella,
walau kaki ini seakan berat.
waima hati ini seakan luluh.
walau jiwa ini dihimpit gelisah.
walau kisah ini dipalit sengsara.
sememangnya dirimu adalah watak nan ku kagumi.
bertakhta kukuh di lubuk hati.

tapi akhirnya bella,
tak selamanya kau ku nanti,
kerna hidup aku perlu harungi,
melayari samudera masa depan
walau bukan denganmu.

bella,
dengarkan ini suatu hakikat.
walau kita tak pun bersama,
percayalah epilog ini sungguh bermakna
kerna ku gembira
tak pula berduka lara
tuk mengenali insan pujaan citra.

doakan daku bella,
tuk menuju persada bahagia,
bersama cinta yang sepatutnya kucurahkan padamu.

tak pernah terlintas di benakku
untuk ku kagumi
insan sehebatmu..

terpaksa ku lepaskanmu bella.....
demi masa depan pasti bersama si dia yang sudi,
dan pastinya bayangmu kan berlegar menari
dalam benak fikiranku seorang shukri
...

kerna cinta aku menanti.
kerna cinta juga ku pergi.

-shukri, 5 januari 2014.