Monday, June 1, 2009

Isu si katak yang tak kunjung sudah….

Sesungguhnya katak lompat parti lebih merbahaya daripada katak beracun di Amazon.


Andainya kerajaan BN pada tahun 2003 yang hanya memerlukan satu lagi kerusi mencanang pembentukan kerajaan negeri Kelantan dengan mempromosikan budaya lompat parti, pasti pimpinan pembangkang khususnya PAS menyinga dengan mengatakan BN gila kuasa dan tak sedar diri. Pasti kata mereka mandat rakyat perlu dihormati dan kerajaan yang dipilih perlu terus mentadbir negeri.

Namun, pelan 16 September Anwar Ibrahim disambut dengan tangan terbuka oleh pakatan pembangkang. Bukan satu kerusi yang diperlukan malah 30 ahli parlimen dikehendaki untuk melompat barulah tercapai matlamat pembentukan kerajaan baru di Putrajaya. Pelan peralihan ini disambut dengan sepenuh hati dan ada juga yang telah mula berangan nak jadi menteri.

Hendak dijadikan cerita, Adun Bota yang pula melompat. Pemimpin pembangkang mengatakan inilah yang menjadi bukti betapa suburnya demokrasi. Tetapi panas yang disangka sampai ke petang, hujan pula menjengah di tengahari. “U turn” oleh Adun Bota dan lompatan akrobatik oleh 3 adun pembangkang mengkomplikasikan segala ceritera.

Pembangkang tak dapat menerima bahawa mereka kini telah kehilangan kuasa. Protes jalanan, bersidang bawah pokok, saman-menyaman dan mogok lapar menjadi plot kepada penentangan yang direncana. Jerat mengena diri sendiri.

Persoalannya, siapakah bersalah dalam hal ini? Seandainya semua parti politik betul-betul menghormati dan memahami apa itu ertinya demokrasi, pasti tidak berlaku perkara seumpama ini. Rakyat Malaysia sudah penat dihidangkan dengan permainan politik. Banyak lagi benda berfaedah yang hendak difikirkan.Hentikanlah!!!!!!!

2 comments:

  1. Bismillahirrahmanirrahim...

    Assalamualaikum w.b.t.

    Sejak akhir PRU ke-12, segala isu politik menjadi tumpuan dan akan sentiasa dihangatkan dan salah satu perkara yang mampu membangkitkan orang ramai dari "kerusi masing-masing'. Siapa sangka ribuan penyokong pembangkang tidak kira lelaki dan perempuan bangkit berdemonstrasi ala-ala mafia berhampiran Masjid dan Istana Kuala Kangsar Perak lantaran runtuh kerajaan PR Perak. Hal ini kerana YB ADUN-ADUN dari Perak melompat parti ke BN sehingga membolehkan BN membentuk kerajaan baru. Begitu hebat penangan politik. Tidak pula mereka mengganas berdemonstrasi tika isu kebejatan moral semakin membarah dan ramai-ramai modal insan menjadi modal nisan dan apabila kedudukan dan kesucian agama Isla, diperkotak-katikkan.(Bersambun).

    ReplyDelete
  2. (Sambungan).
    Kita boleh lihat sejauh mana keutamaan masyarakat kita khususnya Melayu dan Islam dalam isu-isu di Malaysia.Berkaitan dengan lompat parti, saya ada dua pandangan di sini. Pertama, lompat parti itu tidak memudaratkan rakyat andai rakyat mengundi seseorang calon berdasarkan keupayaan calon tersebut bukannya parti yang diwakilinya. Justeru, kepercayaan rakyat andia calon tersebut berada di mana-mana parti sekalipun kredabilitinya lah yang mereka tagih bukannya gah atas nama parti politik tertentu.
    Kedua, rakyat memilih calon berdasarkan parti politiknya. Hal ini menyebabkabn rakyat tidak kisah sesiapapun yang diletak sebagai calon, selagi dia adalah dari parti politik tertentu yang mereka inginkan mereka akan mengundi calon tersebut dan akan melatah andai calon tersebut melompat parti.
    Dari segi moraliti dan kredabiliti, tidak perlu ada undang-undang untuk melarang lompat parti. Ahli-ahli YB dan YBM bijak berfikir dan tahu untuk membezakan mana yang terbaik untuk rakyat yang diwakili mereka. Justeru, tiada apa sebenarnya yang perlu dipertikaikan selagi kredabiliti dan komitmen seseorang wakil rakyat tidak terjejas pada rakyat mereka. Parti hanyalah sebuah payung dan simbolik untuk membentuk kerajaan memerintah. Yang penting ahli-ahli YB dalam parti itulah untuk bekerja. Agenda dan hala tuju parti seharusnya direncana oleh kesemua ahli-ahli YB dalamnya bukan hanya oleh pihak pimpinan parti yang mempunyai agenda politik tertentu.
    Maka, andai runtuk kerajaan itu, mereka sebenarnya melatah kerana takut dan risau akan agenda politik bermisi mereka tidak terlaksana. Andai diri jujur, sesiapapun yang memerintah, kebajikan dan kemakmuran rakyat adalah prioriti mana-mana pemimpin tidak kisahlah dari mana-mana parti politik sekalipun mereka akan tetap sokong. Namun dengan kehadiran agenda-agenda tertentu atau "diperkudakan" untuk agenda tertentu meerka akan melatah dan tidak akan pernah redha dan rela walaupun kerajaan baru lebih baik berbanding mereka.
    Ini sekadar pandangan saya.
    Wallahualam.
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.