Tuesday, August 10, 2010
cinta terakhir
setiap pelosok dunia aku lewati
untuk mencari sebuah cinta yang suci dan sejati
aku tahu aku akan dipertemukan dengan cinta ini
cinta yang akan mengisi hari-hari ku..............
cinta yang aku cari selama ini
datangnya dalam diam
cinta yang aku impikan
telah dapat aku temui..............
saat aku mahu bahagia dalam pelukanmu
kau tenggelamkan perasaan ku
kau biarkan aku terkapai-kapai dalam cinta ini
apakah kau tidak lagi menyanyangi ku?
atau adakah kau sememangnya tidak punya perasaan padaku?
aku masih berharap
aku masih dapat melihat sinar harapan
maafkan aku kerana masih mahu mengharap
maafkan aku kerana masih mahu mencintai dirimu...........
berikanlah aku masa
aku berjanji seandainya cinta ini tidak milikku
akan aku lupakan mu
akan aku lepaskan mu
akan aku ikhlaskan mu...........
walau dengan luka
aku akan terima
mungkin tiada cinta antara kita
dan mungkin tidak pernah ada bibit cinta antara kita.........
yakinkan diriku
tiada cinta lain
inilah cinta aku
inilah cinta terakhirku..................
Nukilan: Geum Suk Wei
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya suka...........
ReplyDeleteterima kasih........
yakinkan hati ini tiada lain selain cinta ini........