Thursday, November 10, 2011

tirai kesiksaan

aku diikat rindu dalam penjara kesunyian.
aku perlukan kunci cinta tuk membuka tirai kesiksaan---mhm.

Monday, November 7, 2011

jika kau pinta aku tuk setia...

jika kau pinta aku tuk setia,
selama mana pun aku rela.

jika kau pinta aku menunggu,
ke hujung nyawa selagi ku mampu.

namun, andai kau mahu aku melupakan,
maaf, kerna itu tak akan aku tunaikan.

biar kisah cinta ini tampak sedih,
jiwa pedih hati merintih,
namun andai semua ini adalah kernamu,
maka aku rela menanggung sengsara yang membelenggu........
selagi itu adalah demi cintaku padamu....

Sunday, November 6, 2011

andai dikau adalah merpati...




andai daku menjadi rembulan, sudikah dikau menjadi kejora yang sinarnya bergemerlapan sampai ke esok pagi.

andai dikau menjadi merpati, biarlah daku menjadi sang angin. agar kita selalu bertemu.

tak ku tahu selama mana kau kan ku nanti,
kerna kaki ini tak selamanya kuat tuk berlari.

mungkin suatu hari daku harus pergi,
bersama harapan yang masih di hati.

bukan mungkin tapi memang daku bukanlah romeo yang sanggup menyedut racun lantas mati bersama cinta hatinya, juliet. hatta aku juga bukan shah jahan yang mempertaruhkan binaan mewah taj mahal buat kekasihnya mumtaz. aku hanyalah insan terlalu biasa, tak berharta malah juga tak kaya, namun ku pertaruhkan segenggam setia buat si dia maharani cinta.

my do'a: hope all the hopes so long denied will flourish some day. ameen...

Tuesday, October 25, 2011

cerita cinta bella...

bella,
mungkin daku bagimu bukanlah sesiapa,
hadirku tidak pun membawa makna,
namun percayalah bella,
betapa sejak detik itu dirimu ku damba.

bella,
dalam hati ini namamu terukir sentiasa,
dalam mimpiku kau selalu ada,
dalam anganku engkaulah watak utama,
bersamamu di alam realiti itulah impian di jiwa.

bella,
mungkin esok atau nanti,
akhirnya aku pergi membawa diri,
bersama harapan luluh berkecai di hati,
namun, cinta ini rasa ini ku berjanji akan terus bersemi.

kini aku bersedia untuk mengakui,
betapa mencintai tak pernah bermaksud memiliki,
aku insan kerdil yang mendambakan dirimu sebagai kekasih hati,
walhal aku hanyalah seorang pencinta sepi.

bella,
andai ditakdirkan dirimu membaca nukilan hati ini,
percayalah dalam diam dirimu ku nanti,
dalam kelam harapan ini menyala di sanubari,
kerna sekali kau ku cinta, selama itu rasa kasih terpateri.

cerita cinta kepada bella,
gadis impian pujaan jejaka,
namun kasih ini tak pernah terucap,
cinta ini tak pula terungkap...

inilah kisah cinta padamu bella.

Wednesday, October 5, 2011

kau yang ku nanti....




hari ini kau ku masih nanti,
siapa tahu esok ku akan memiliki.
tak pernah ku anggap penantian ini sia-sia,
bila mana dalam anganku kau selalu ada.

Friday, September 16, 2011

awan di penjuru dunia...





awan di penjuru dunia, seolah merenung hiba.
seakan memberi petanda bahawa tiada ruang untuk cinta hadir membelai jiwa.
lantas ku palingkan wajah memandang awan yang lain walau hakikatnya ku berharap awan tadi kan berubah warnanya.

Tuesday, September 13, 2011

jgn mudah memberi hati...




pesan pada hati, jangan mudah memberi. kerna sekali memberi hati, selama mana namanya di hati....

Sunday, September 11, 2011

pidato dahulu kala....



video ni dimuatnaik sempena kemerdekaan.

intro:

imbas kembali 499 tahun yg silam,
telah berlaku kejadian yang suram.
detik kejatuhan kerajaan Melayu melaka ke tangan Portugis,
banyak jiwa yang telah menangis,
mengenang hakikat yg penuh tragis.
betapa sejarah telah menjadi bukti,
tanpa kekuatan integriti,
kota melaka yg mencapai keagungan,
tersungkur rebah menyembah bumi dimamah penjajahan.

bla..bla..bla..

tuntasnya, daripada sidang hadirin bangun pagi-pagi, buka Facebook bermain pet society, komen pula pada satus sendiri, lebih baik bersama-sama kita tingkatkan integriti, agar maruah dan kehormatan negara bukan lagi elergi sepi. tidak mengapa andainya saya kehilangan seorang isteri, esok ataupun lusa saya boleh berkahwin lagi, tepai andai hilangnya nilai integriti dalam diri, bukan sahaja negara tidak dihormati malah mengundang musibah, masalah kepada sesebuah negara.

bla.bla..pepatah cina...

sekian..

(malas nak transkripkan teks penuh)


p;s: enjoy it. xbest tahu dah, saje2 je upload..kui3...hehehe

Friday, September 9, 2011

k-pop??? kui3...




many asked me to give comments about the new band so called Max 24: 7. as a well-known korean fan (ngaku lak), my friends wanted me to give views on this new occurrence in Malaysia. waka waka.

this band is known as a group which imitates korean music trend---> k-pop.

when browsing all the comments in the viewers' page on Youtube, i feel so sympathetic with all these young 'jambu' men---> from the bottom of my heart...

there are of course more destructive comments compared to constructive ones..

nevertheless, this band is so brave to come up with their debut. but, of course, they will be straight away compared to all those famous and superb k-pop original bands such as SUJU, Beast, 2 p.m, U' Kiss, FT Island and many many many more..haha...

in terms of choreography, this band neeeedddddddddddddssssssss to practise a lottttttttt. coming up with a debut does not mean that they just need to memorise all the dancing steps. plus, they have to be more energetic. dancing is not only about expressing, but it is also a way to impress others..


lyrics?? musics? haha..listen to it on your own.. no comments. might be ok..might not be ok..kui3...


in sum, i would say that this group posseses some talents. however, they need to do something to win up our Malaysian fans' hearts. it's not that easy to be a phenomenon!!!!

let's enjoy the real k-pop now..go! Go! Suju!!! Fighting!



kamsa hamida..Chaw Ching Caw Air Ching Chaw.

Wednesday, August 31, 2011

indahnya wanita berduri, eh mawar berduri...






wanita ..
kau umpama mawar berduri.
cantik pada pandangan mata namun bisa melukakan jari.

sungguh indah sebenarnya wanita.
seindah-indah perhiasan dunia.

do'aku: semoga aku tak tertewas dek besarnya godaan wanita.
semoga aku juga menjadi sebaik-baik pencinta wanita..


Monday, August 29, 2011

someone is leaving....





someone is leaving today, on Hari Raya...
hope to see her someday, even it's for the first and the last time in my life time..
hope 'that someday' really comes..ill be waiting..

sa-lamat hr raya and maaf zahir batin. her words honestly have changed me a lot so far...of course for a better me..

Saturday, August 27, 2011

if only you know....

if i have the ability to let you see yourself through my eyes, only then you understand how special you are to me....

when i dream of you, the hardest part is when i have to wake up....






----> mengenalimu suatu keindahan, bersamamu suatu impian, kenangan denganmu tidak akan pernah dilupakan buat sepanjang zaman.....


Sunday, August 21, 2011

meratap cinta....



pada suatu hari seorang jejaka sedang menangis teresak-esak di taman bunga. lantas, datang seorang lelaki tua menghampirinya dan bertanya mengapa.





jejaka itu pun menjelaskan bahawa dia sangat sedih kerana cintanya kepada seorang gadis yang sangat disayanginya telah ditolak.

lelaki tua itu pun memberitahu jejaka itu bahawa dia tidak perlu bersedih kerana yang perlu bersedih ialah si gadis tersebut.

dengan penuh kehairanan, jejaka tersebut pun minta penjelasan dan bertanyakan mengapa.

lelaki tua itu menjawab " sesungguhnya si gadis tersebut yang seharusnya bersedih kerana telah mempersiakan cinta seorang jejaka yang betul-betul menyayangi dirinya. betapa ruginya dirinya.sebaliknya, kamu tidak pernah mensia-siakan wanita yang kamu benar-benar sayangi"...............

Thursday, August 18, 2011

akan terus mencinta....


adakah khilafku kerna begitu menyanjungi kehadiranmu?
adakah silapku kerna begitu mengagumimu?

telah ku tahu sejak detik itu bahawa aku begitu tertawan dengan dirimu....'
walau tak pernah meluahkan padamu namun percayalah bahawa mencintaimu itu adalah kebahagiaanku.....dan anugerah yang aku sendiri tak pinta, namun hadirnya tak pernah diduga...

sekian untuk cinta..akan terus mencinta,,,,








Thursday, June 9, 2011

cintaku umpama si kelkatu





cintaku umpama si kelkatu,
sungguh teruja dengan sinaran lampu...
akhirnya terkorban mati,
dek kerana panasnya pancaran cahaya.

tetapi setidak-tidaknya, mati kelkatu adalah mati berjuang.....

Tuesday, June 7, 2011

luahan hati seorang shukri....




biar kasihku tertusuk duri, kuntuman rindu tetap bersemi...

ku kejar bayangmu dalam kelam, ku mimpi dirimu setiap malam...

lantas, ku padam api sendu, ku semai pula kuntuman rindu...

biar ku jejak jalan berduri, demi kasih pada puteri...

kerna ini lah aku, insan bergelar mohd shukri....

Friday, June 3, 2011

complicated...malaysians tend to explain things.....(in general)

situasi 1 -----> seorang pelancong dari England, Jonathan Smith bertanyakan waktu kepada seorang lelaki tempatan, Supian di Pekan Kemaman.

Smith: Excuse me, sir. what time is it now?
Supian: oh, 3 p.m.
Smith: ok, thanks.

( the mat salleh just be direct in asking the question)




situasi 2 ------> seorang wanita bernama Mak Cik Minah bertanyakan waktu kepada seorang penjaja cendol, Mat Tukiman di Pekan Kemaman.

Mak Cik Minah: Assalamualaikum,mok cik ni dari Kuala Teganu...nok tunggu anok mok cik
turun bas dari Melaka. Tapi gok, mok cik tok pakai jam. henset
pulok habis bateri. susoh jugok ni. buleh duk nok tanye, pukul brape
lening ye?
Mat Tukiman: oh, pukul 3 petang doh ni.

Mak Cik Minah: bereh2, terime kasih. xlame doh la anok mok cik nok sapa ni.

(the mak cik explains her situation first before asking the question)

Sunday, May 15, 2011

warkah rindu buatmu cikgu....





Bismilahirahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.h, salam sejahtera dan apa khabar buat semua guru yang pernah mengenaliku.
diharapkan agar cikgu sihat sentiasa, gembira, ceria bersama keluarga tercinta walau di mana cikgu berada.

pada hari ini, tanggal 16 Mei 2011, aku, anak didikmu ingin mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih cikgu atas segala jasa baikmu untuk mendidikku sejak dari dulu.
ketahuilah, betapa di saat aku menukilkan warkah ini, aku juga sebenarnya seorang guru sama sepertimu dan aku juga dipanggil ‘cikgu’ oleh anak-anak didikku sama seperti aku memanggil dirimu.

cikgu,
jika dahulu aku sering temangu,
jika dahulu aku sering terkeliru,
aku kecewa sedih dan buntu,
mengapa cikgu sering memarahiku,
mengapa cikgu sering menegur tingkah lakuku,
seolah-olah ape yang ku buat semuanya tidak kena di mata mu.

tetapi cikgu,pada hari ini aku telah tahu,
betapa semua itu adalah untuk kebaikanku,
agar aku tidak rebah meniti usia waktu jalan penuh berliku...

memang sudah terlewat cikgu, untuk aku menjadi anak didikmu yang paling mendengar katamu,
memang sudah telambat cikgu, untuk aku menjadi anak didikmu yang paling baik di dalam kelasmu,
tetapi,
tidak pernah terlewat bagiku cikgu untuk aku menjadi anak didikmu yang paling ingat akan jasamu,
anak didikmu yang paling ingat akan namamu.

kerana sesunnguhnya cikgu,
engkaulah yang mengajar aku tulis baca.
engkaulah yang mengajar aku untuk mengira,
engkau juga yang mengajar aku untuk mengeja,
dan engkau juga yang mengajar aku alif, ba dan ta...
sesungguhnya cikgu,
tanpamu aku bukanlah sesiapa,
tanpamu cikgu aku insan tiada apa-apa.

cikgu,
pada saat aku menukilkan luahan rindu ini,
memang sudah ada cikgu yang tiada lagi di dunia ini,
pergi cikgu tidak kembali.....
namun itu bukanlah penghalang untuk rasa kasih ini,
rasa cinta ini untuk terus mekar seperti kuntuman bunga di waktu pagi,
bersinar seperi kilauan bintang di malam hari.

cikgu, mengenalimu satu keindahan, bersamamu satu kegemberiaan, menjadi anak didikmu suatu kenangan yang tidak akan pernah dilupakan buat sepanjang zaman.



Sekian, anak didikmu: mohd shukri bin hussin

Sunday, April 17, 2011

gelagat haiwan yang paling ku suka..............

setiap manusia adalah berbeza.mereka pasti mempunyai cita rasa dan kecenderungan yang tidak serupa.
entri kali ini bukan kisah cinta jejaka dan dara, tetapi tentang gelagat haiwan yang paling diminati manusia.

mungkin ada yang suka melihat si burung terbang bebas di angkasa. melambangkan nilai kebebasan yang diimpi semua.







mungkin ada juga yang suka melihat si monyet bergurau senda. "romantik dan bersahaja" , kata mereka.









namun bagi diriku, gelagat haiwan yang cukup besar dalam memberi makna ialah apabila si ibu kucing menyusukan anak-anaknya. hatiku tersentuh tidak terkira, sungguh besar kasih haiwan kepada anaknya.....















bagaimana dengan anda semua?? tulisan ini sekadar sebuah pekongsian untuk renungan bersama...

Saturday, March 12, 2011

w.a.n.i.t.a


entri kali ini adalah ilham dari seorang teman yang menulis berkenaan "Hari Wanita" yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.. lantas, hati saya tergerak untuk turut menulis berkenaan wanita.. justeru, sebagai seorang lelaki, apakah sebenarnya pandangan saya terhadap seorang wanita? adakah saya seorang pencinta wanita? hehe..

Sumayyah, Siti Khadijah, Aisyah dan ramai lg merupakan antara wanita yang begitu dikagumi kerana kekentalan semangat perjuangan dalam Islam dan solehahnya mereka dalam kehidupan seharian.....

wanita? apa yang ada mereka??

ada yang mengatakan bahawa wanita merupakan perhiasan dunia yg paliiiiiiiiiing indah....

wanita juga dikatakan sebagai fitnah terbesar dalam dunia ini...

ramai lelaki yang kecundang kerana wanita namun ada juga yang berjaya kerana adanya wanita disampingnya...

seperkara lagi, mudahnya wanita untuk masuk syurga namun begitu ramai wanita yang masuk neraka..

terlau banyak fakta tentang wanita..di sini, saya kongsikan sedikit hasil dari pembacaan...







1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak meneteskan airmata,itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4. Jika sorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8. Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cobalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Musik, puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius bisa mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak senang dan tak sampai sepuluh menit, semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.

13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Setelah sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali melihat foto bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Mantan pacarnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk menggaet kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantis). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau mau memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerena apa yang dia mau hanyalah perasaan dicinta.


lihat! begitu uniknya insan yang bernama wanita.mungkin ada yang bersetuju dengan fakta-fakta yang dikemukakan, mungkin ada juga yang tidak seia sekata..betapa ISTIMEWANYA WANITA pabila Allah sendiri menurunkan Surah An-Nisa khusus untuk membicarakan berkenaan wanita..

jom..jom..sertai saya untuk menghargai wanita seadanya....:) insan yang bernama wanita tampak seakan biasa sebnarnya tersurat dan tersirat seribu satu makna..sejujurnya ingin ku katakan bahawa amat sukar sebenarnya untuk memahami wanita....


Saturday, February 19, 2011

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA....................

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.



4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.




7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

credit to: insan yg bnama Fauzi dan Atikah


ps: "Love is not about finding the right person, but creating a right relationship. It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."

Monday, January 31, 2011

hati ku runsing...



YA ALLAH,
ENGKAU PERMUDAHKANLAH SEGALANYA.
ENGKAU PELIHARALAH KESEJAHTERAAN DIRINYA.
ENGKAU LINDUNGILAH DIRINYA DARI SEGALA BENCANA.
SEMOGA SEGALANYA BAIK-BAIK SAHAJA.
SEMOGA DIRINYA DAN TEMAN-TEMANNYA SELAMAT DAN SEJAHTERA. AMIN........



aku kini runsing.
jiwaku tidak tenteram.
smoga dirinya dan teman-temannya selamat..
aku buntu..ke mana harus ku tuju.
im cluelessssssssssssssss...

Tuesday, January 11, 2011

i want a wife by judy brady

I belong to that classification of people known as wives. I am A
Wife. And, not altogether incidentally, I am a mother.

Not too long ago a male friend of mine appeared on the scene fresh
from a recent divorce. He had one child, who is, of course, with his
ex-wife. He is obviously looking for another wife. As I thought
about him while I was ironing one evening, it suddenly occurred to me
that I, too, would like to have a wife. Why do I want a wife?

I would like to go back to school so that I can become economically
independent, support myself, and, if need be, support those dependent
upon me. I want a wife who will work and send me to school. And
while I am going to school I want a wife to keep track of the
children's doctor and dentist appointments. And to keep track of
mine, too. I want a wife to make sure my children eat properly and
are kept clean. I want a wife who will wash the children's clothes
and keep them mended. I want a wife who is a good nurturant attendant
to my children, who arranges for their schooling, makes sure that they
have an adequate social life with their peers, takes them to the park,
the zoo, etc. I want a wife who takes care of the children when they
are sick, a wife who arranges to be around when the children need
special care, because, of course, I cannot miss classes at school. My
wife must arrange to lose time at work and not lose the job. It may
mean a small cut in my wife's income from time to time, but I guess I
can tolerate that. Needless to say, my wife will arrange and pay for
the care of the children while my wife is working.

I want a wife who will take care of *my* physical needs. I want a
wife who will keep my house clean. A wife who will pick up after me.
I want a wife who will keep my clothes clean, ironed, mended, replaced
when need be, and who will see to it that my personal things are kept
in their proper place so I can find what I need the minute I need it.
I want a wife who cooks the meals, a wife who is a *good* cook. I
want a wife who will plan the menus, do the necessary grocery
shopping, prepare the meals, serve them pleasantly, and then do the
cleaning up while I do my studying. I want a wife who will care for
me when I am sick and sympathize with my pain and loss of time from
school. I want a wife to go along when our family takes a vacation so
that someone can continue to care for me and my children when I need a
rest and change of scene.

I want a wife who will not bother me with rambling complaints about a
wife's duties. But I want a wife who will listen to me when I feel
the need to explain a rather difficult point I have come across in my
course of studies. And I want a wife who will type my papers for me
when I have written them.

I want a wife who will take care of the details of my social life.
When my wife and I are invited out by my friends, I want a wife who
will take care of the babysitting arrangements. When I meet people at
school that I like and want to entertain, I want a wife who will have
the house clean, will prepare a special meal, serve it to me and my
friends, and not interrupt when I talk about the things that interest
me and my friends. I want a wife who will have arranged that the
children are fed and ready for bed before my guests arrive so that the
children do not bother us. I want a wife who takes care of the needs
of my guests so that they feel comfortable, who makes sure that they
have an ashtray, that they are passed the hors d'oeurves, that they
are offered a second helping of the food, that their wine glasses are
replenished when necessary, that their coffee is served to them as
they like it.

And I want a wife who knows that sometimes I need a night out by
myself.

I want a wife who is sensitive to my sexual needs a wife who makes
love passionately and eagerly when I feel like it, a wife who makes
sure that I am satisfied. And, of course, I want a wife who will not
demand sexual attention when I am not in the mood for it. I want a
wife who assumes the complete responsibility for birth control,
because I do not want more children. I want a wife who will remain
sexually faithful to me so that I do not have to clutter up my
intellectual life with jealousies. And I want a wife who understands
that *my* sexual needs may entail more than strict adherence to
monogamy. I must, after all, be able to relate to people as fully as
possible.

If, by chance, I find another person more suitable as a wife than the
wife I already have, I want the liberty to replace my present wife
with another one. Naturally, I will expect a fresh, new life; my wife
will take the children and be solely responsible for them so that I am
left free.

When I am through with school and have a job, I want my wife to quit
working and remain at home so that my wife can more fully and
completely take care of a wife's duties.

My God, who *wouldn't* want a wife?



this article was written by judy brady.
an expression from a wife.
she reveals her feelings and emotions. she also tries to bring the readers into the real life of a wife.-----> the suffer, pain and sacrifice.

as a man, we must understand women better. for your information, i learned this text when i was in my degree. it was for d subject called 'women in literature'. we did an analysis and discussed/debated it in the classroom. it made me eventually realize that there's many woman fighters in my class at that time. they were so emotional!!

sebagai pesanan bersama:
Rasulullah bersabda: Org2 yg beriman paling sempurna imannya ialah orang yg paling baik akhlaknya.dan org2 yg paling baik di antara kamu ialah org yg paling baik akhlaknya terhadap isterinya.

Saturday, January 8, 2011

pesanan d sebuah masjid...




d akhir kutbah jumaat minggu ini, khatib ada berpesan kepada sidang jemaah agar tidak dengan sengaja menukarkan selipar dan kasut dengan makmum2 lain.."jgnlah kalian dgn sengaja dtg dgn selipar buruk tetapi pulangnya dengan selipar baru..maka sia2 lah sembahyang jumaat, yang bukan sahaja tidak memberikan pahala malah memberikan pula dosa....."

setelah difikirkan, pesan sebigini masih diutarakan kepada sidang jemmaah yang sememangnya sudah bertamadun. hidup d alaf ke 22, berasa malu rasanya untuk membayangkan perkara sedemikian rupa. tetapi inilah sebuah hakikat yg sedang membelenggu kita semua.



p/s: teringat pula kisah seorang rakanku yg begitu sedih menceritakan pengalamannya hilang kasut Nike yg berharga rm 200++ d masjid temerloh. sungguh sedih dan terkilan rasa dirinya.:(

pp/s: sekian utk kali ini. tiada unsur jiwang dan cinta utk kali ini..