Sunday, October 21, 2012

berlalu dengan pesanan

bayu kenangan menghembus perlahan,
gerimis kerinduan mencurah bak hujan,
aku di sini termanggu keseorangan,
mengenang si dia nun jauh tak berteman .

begitu sedih tuk ku bayangkan,
dia berlalu dengan pesanan,
agar aku kuat tanpanya,
katanya: walaupun jauh, dia kan selalu ada.

pura-puralah aku baik sahaja,
waima di sisiku dia tiada,
aku masih tersenyum ceria,
bulan ada tapi jauh, bintang pun jauh tapi ada.
seolah yang berlaku perkara biasa....



4 comments:

  1. si dia g mane? kepada siapa ni? sabar ye...

    ReplyDelete
  2. Jika kau intai ke dada langit pada waktu malam mesra menghampar kasih,

    Carilah bintang paling karib disisi bulan kerana itu adalah bintangku.

    Walau jarak dan waktu memisahkan kita kau pasti akan melihat bintang yang sama.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. yes...she is d lucky one..so?what?

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.