Tuesday, August 13, 2013

ku cuba melupakan.

biar kisah ini ditimbus pepasir kekecewaan,
biar kisah ini dirimbun pepohon kesedihan.
ku rela buntu dan termanggu,
selagi itu kerna kamu.

ku cuba melupakan,
namun semakin jauh ku berlari,
semakin hampir bayangmu menghampiri.
resah dalam gelisah

Wednesday, May 8, 2013

:(

bella,
seolah semakin pasti,
cintamu terlahir bukan untukku. :(








Tuesday, April 23, 2013

hadirlah: walau sekadar sebentar cuma.

harapan itu menjengah lagi,
walau telah berkali ku lontar jauh.

kasih itu hadir kembali,
walau peluang seakan luluh.

sukarnya tuk aku lupakan,
insan sehebat dia,
cukup mempesonakan pada pandangan mata,
membingkis gelora cinta di jiwa.

walau hakikatnya,
dia telah ku lepaskan pergi,
namun segala memori masih terpateri,
tak pernah mati beraja di hati.

oh bella,
hadirlah: walau sekadar sebentar cuma.




Thursday, March 14, 2013

maaf.

sungguh ku terasa kehilangan.
rindu ini tak dapat lagi ku tahan.
gelora hati kian berantakan.

hadirlah kasih walau seketika.
jenguklah aku sebentar cuma.
aku di sini termanggu dan durja.

walau kau pergi kerna silapku,
takkan ku persiakan kenangan dahulu
maafkanlah dan terimalah aku...

Wednesday, February 27, 2013

episod duka sekeping hati

pernah sakit, tapi tak pernah sesakit ini.
pernah rindu, namun tak pernah serindu ini.

pernah mendamba, tapi tak pernah sedalam ini.
pernah berharap, namun tak pernah setinggi ini.

telah ku pertaruh hati, namun terluka kecewa sendiri
episod duka sekeping hati,
menaruh kasih pada yang tak sudi.

walau sekadar seperti dahulu

sesekali teringat juga
kisah harapan nan sia-sia
tatkala aku begitu mendamba
walhal baginya aku bukan sesiapa.

tak pun aku menyesali
kerna tak pernah ku memaksa hati
perasaan ini hadir sendiri
terkadang wataknya menjengah di alam mimpi

kini aku tak pun ke mana
masih bersama harapan berderai
walau episod ini seakan berakhir
masih ku kutip serpihan kenangan
menjadi harapan hari esok
mungkin si dia kembali lagi.

kembalilah padaku..walau sekadar seperti dahulu.

kembalilah kasih kerna amsih ku menunggu


Wednesday, February 13, 2013

ku juga berhak.

katalah apa sahaja,
asal kalian sentiasa gembira. :) :) 

tuturkan apa mahu,
itu hak asasi individu. (deklarasi PBB 1948)

hadirlah kasih , jengahlah aku selalu
namun ingatlah juga kalian,
ku juga berhak zahirkan perasaan (perkara 10 Perlembagaan Malaysia)

kutuk dan kejilah sesuka hati,
andai itu caramu ekspresi.

baling batu dan tangan sembunyi,
tidak berhikmah dan tiada berani.

oh, andai yg pernah terasa istimewa,
maaf, definisi istimewa bagiku berbeza.

kisah aku dan dia?
masih dan akan ku damba selagi terdaya.

akhir kata,
dalam jaga dan lena,
watak si dia memang ada,
luahan kata ku persembahkan padanya,
bukan untuk kamu, anda dan mereka,
tapi ini semua untuk si dia.



Monday, February 11, 2013

terasa kehilangan.

ku cuba imbas kembali pertemuan kita
betapa di suatu hari ku sungguh teruja
walau ketika itu hanya ku tahu nama
namun sudah cukup menggetarkan jiwa

asmara seolah muncul sendiri
dikaulah watak yang selama ini ku cari
kepergianmu ku tangisi
setiap detik bait katamu menggembirakan hati
membuatku tersenyum sepanjang hari

kisah ini tinggal cerita
bila hadirmu sekejap cuma
gelora cinta yang merasuk jiwa
telah lenyap kau bawa bersama

ku lepaskanmu dengan air mata
sejujurnya...sungguh ku terasa kehilangan.



Sunday, February 10, 2013

gerabak hati

gerabak hati.
perginya penuh mimpi.
pulangnya senyap sepi.

sedihku sendiri,
landasan cinta penuh liku ku lalui
memikirkan hakikat ini.

Saturday, February 9, 2013

masih di sini

pergilah ... tak lagi aku kejari.
menghilanglah... tak lagi aku mencari.

setidaknya aku masih di sini,
mempertahankan rasa dan kasih ini,

kerna telah kita berjanji di suatu hari,
tuk saling ada berdampingan di sisi.

berlalulah... episod duka ini telah kau lengkapi,
hari demi hari, aku masih menanti...
tapi, memang aku masih di sini.

Thursday, February 7, 2013

watak picisan

jangan berhasrat nak kira bintang,
bila bulan tak pun kelihatan.

sedar diri dan refleksikan hati,
sudah tersurat takdir Ilahi.

cumanya pergi si dia caranya begitu,
dibiar aku termanggu dan buntu.

aku watak picisan tiada erti,
aku baginya watak biasa tak cerminkan diri.


memang

memang ku tak punya istana dan harta,
namun padamu ku hampar permaidani cinta.

memang ku insan tak punya segala,
namun padamu ku pertaruh segenggam setia.

memang sejak dulu ku tahu hadirmu sementara,
namun tak ku sangka pergimu begitu sahaja.

Wednesday, January 9, 2013

kerna ku tahu

ku mencari yang serasi bersama untuk ku kemudi bahtera cinta,
ku menjejak yg saling melengkapi kerna ku tahu kekurangan diri.

samudera kasih terbentang luas....pelabuhan kasih entah di mana?

Wednesday, January 2, 2013

setidaknya

aku terpukul dengan madah bicara kalian.
aku dipanah dek tajamnya buah fikir sekalian teman.

ketahuilah semua,
aku terlalu mendambakan si dia.

untuk ku luahkan terasa tidak layak,
biarpun tak bersama: setidaknya cintaku tak penah ditolak.

ku nukil rindu dalam hati, walau tak siapa cuba mengerti



Friday, December 28, 2012

bimbang

ingin sahaja ku luahkan hasrat hati,
bimbang si dia menghilang lantas sepikan diri.

Monday, December 17, 2012

promise

let me grow old with you,
and cherish our love together.
hope you got the same feelin' too,
and our promise: forget not but do always remember.


no matter what, it's always you in my heart

tetap masih dan akan

aku terkepung antara emosi
dan penafian,
sama ada ingin mengakui
atau terus menganggap ini sebagai suatu kekhilafan.

aku termanggu termenung dan merenung jauh ufuk kenangan,
sambil aku mengingat episod cinta bersama si dia insan kesukaan.

biarlah aku terkepung waima pun termanggu termenung dan merenung,
perasaan ini sentiasa ku kagumi malah kisah bersamanya tetap masih dan akan aku sanjung.

walau dia tak pernah tahu

Saturday, December 8, 2012

jangan.

jangan kau pergi setelah hati ini kau takluki,
jangan pula kau berlalu setelah harapan yang tinggi kau persembahkan kepadaku,.
jangan juga salahkan aku kerna jatuh cinta,
mengagumi tanpa dicintai
sedang perasaan ini tak ku duga, malah tak pernah pun aku pinta.

Friday, November 30, 2012

tiba masanya.

aku terdampar di pelabuhan kasih,
mengharung cinta tiada bertepi,
aku terpaku di halaman rindu,
menanti sayang tiada berbunga.

tiba masanya aku palingkan hati,
untuk mencinta dia yang sudi,
bukan lagi terus menanti,
mengharap simpati tuk dikasihi.

Sunday, November 11, 2012

masih aku pertahankan





merenung aku akan awan berarak perlahan.
termenung aku menyaksikan mentari pudar sinaran.
tatkala itu sang bayu menghembus perlahan,
seolah membisikkan padaku bahawa cintaku sekadar bertakhta dalam angan.

lantas, aku pun terjaga dari lamunan.
namun dalam sedar perasaan ini masih aku pertahankan.