Rakyat Malaysia pastinya menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang dijangka cukup ‘hangat’ dan ‘panas’. Pada pilihan raya kecil 17 Januari ini, pertandingan ini akan melibatkan calon BN, Wan Ahmad Farid menentang calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat. Alangkah meriah piliha raya ini sekiranya ada pihak yang menaja calon Bebas bersemangat tinggi, Tok Mun yang bertanding demi bangsa, agama dan Negara.
Seperti biasa, tatkala adanya pilihanraya, tiba-tiba sahaja ahli-ahli politik menjadi begitu prihatin kepada semua. Mereka sanggup ke kedai kopi, kononya nak tinjau keadaan rakyat dengan mata sendiri.
Gelagat penyokong-penyokong parti juga tidak kurang memualkan. Sesama agama sesama bangsa sanggup berbalah, ada yang kena tumbuk sampai rebah. Sepatutnya masa mengundi, kita mengundi, kenapa nak perlu berprovokasi. Gaduh
Tidak kurang menariknya selepas tamat pilihan raya. Wakil rakyat yang prihatin pada semua, tiba-tiba hilang entah ke mana. Tidak ada lagi aksi duduk bersila bersama rakyat, atau gelagat mesra bergurau senda. Kalau rasa rindu nak tengok wakil rakyat masuk kampung berjalan kaki, sama-sama kita tunggu 5 tahun lagi.
Politik untuk membela rakyat atau sekadar mendapat mandat?
Politik untuk manabur jasa atau sekadar inginkan kuasa?
Salam awk..
ReplyDeletelama eh xupdate blog?mesti busy ni.
tk care awk,
sama2 kte tgk d k.terengganu nanti.
Nnatang! sek ni nganjing aku..
ReplyDeleteTok Mun nok samang sek mung due eko!
Siang ke Tok Mun,diperkotak-katik.Tp ak pon mragui kredibiliti & kebolehan Tok Mun unt memimpin..duk dumoh jge cicit dh la Tok Mun...
ReplyDeletebaik kite pikir pasal Israel
ReplyDeletedrpd pasal demokrasi ciptaan manusia...
laknat Israel,,,
Setiap manusia akan ditanya di akhirat nanti akan apa yang telah mereka lakukan dengan tanggungjawab & amanah yang diberikan kepada mereka...
ReplyDeleteWujudkah wakil rakyat yang mampu menjawab persoalan itu di akhirat nanti...?
Soalan sebagai renungan, bukan untuk dijawab...
well..aku agak kagum dgn smgat TOK MUNG..wlaupong d mamah usia namun smgt die ckup hebat mperjuangkn nsb rkyt2 ganu y seangkatan dgnya.dr hal politik aku ternyata x sehaluan x sealiran namun ak tabik spring gak..tgk TOK MUNG 2.kdg2 ak t'pk kot ade org sabotaj TOK MUNG je..seperti melagakan ikn pelaga dan sekarim 2.mane la tau..akal jahatku bfikir..kah3
ReplyDelete