Friday, January 23, 2009

Si kecil berhati besar (diilhamkan oleh "mata ku juling"


Dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu, pada ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.

Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.

Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu…

“Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?”

Burung kecil itu menjawab,

“Paling kurang, nanti bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah nanti, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini”


Untuk hikmah dan muhasabah:

Semenjak pengumuman pemboikotan barangan dari Israel dan Amerika, bilangan barang yang diboikot bukanlah persoalan utama, tetapi sudahkah kita sedar betapa lemahnya Umat Islam pada waktu ini?sudahkah kita perbetulkan perspektif kita, membina semangat untuk memulakan inisiatif memperbaiki kelemahan itu. Mulakanlah suatu usaha untuk membantu Islam, walaupun sedikit, yang penting konsisten@istikomah. Sebarkanlah ideologi yang kita boleh hidup tanpa Amerika dan Israel serta sekutu-sekutu mereka. Umat Islam pasti Cemerlang!AllahuAkbar!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.