Thursday, January 5, 2012

in a state of denial.







i'm in a state of denial that i like her.

i never imagine that i fall for her.

though i never tell her how much i love her, loving her is a great thing that i did, do and will do.

this feeling is natural, unplanned. hence, let it be unspoken. I'm now lying myself that i don't love her at all. tq.

Thursday, November 10, 2011

tirai kesiksaan

aku diikat rindu dalam penjara kesunyian.
aku perlukan kunci cinta tuk membuka tirai kesiksaan---mhm.

Monday, November 7, 2011

jika kau pinta aku tuk setia...

jika kau pinta aku tuk setia,
selama mana pun aku rela.

jika kau pinta aku menunggu,
ke hujung nyawa selagi ku mampu.

namun, andai kau mahu aku melupakan,
maaf, kerna itu tak akan aku tunaikan.

biar kisah cinta ini tampak sedih,
jiwa pedih hati merintih,
namun andai semua ini adalah kernamu,
maka aku rela menanggung sengsara yang membelenggu........
selagi itu adalah demi cintaku padamu....

Sunday, November 6, 2011

andai dikau adalah merpati...




andai daku menjadi rembulan, sudikah dikau menjadi kejora yang sinarnya bergemerlapan sampai ke esok pagi.

andai dikau menjadi merpati, biarlah daku menjadi sang angin. agar kita selalu bertemu.

tak ku tahu selama mana kau kan ku nanti,
kerna kaki ini tak selamanya kuat tuk berlari.

mungkin suatu hari daku harus pergi,
bersama harapan yang masih di hati.

bukan mungkin tapi memang daku bukanlah romeo yang sanggup menyedut racun lantas mati bersama cinta hatinya, juliet. hatta aku juga bukan shah jahan yang mempertaruhkan binaan mewah taj mahal buat kekasihnya mumtaz. aku hanyalah insan terlalu biasa, tak berharta malah juga tak kaya, namun ku pertaruhkan segenggam setia buat si dia maharani cinta.

my do'a: hope all the hopes so long denied will flourish some day. ameen...

Tuesday, October 25, 2011

cerita cinta bella...

bella,
mungkin daku bagimu bukanlah sesiapa,
hadirku tidak pun membawa makna,
namun percayalah bella,
betapa sejak detik itu dirimu ku damba.

bella,
dalam hati ini namamu terukir sentiasa,
dalam mimpiku kau selalu ada,
dalam anganku engkaulah watak utama,
bersamamu di alam realiti itulah impian di jiwa.

bella,
mungkin esok atau nanti,
akhirnya aku pergi membawa diri,
bersama harapan luluh berkecai di hati,
namun, cinta ini rasa ini ku berjanji akan terus bersemi.

kini aku bersedia untuk mengakui,
betapa mencintai tak pernah bermaksud memiliki,
aku insan kerdil yang mendambakan dirimu sebagai kekasih hati,
walhal aku hanyalah seorang pencinta sepi.

bella,
andai ditakdirkan dirimu membaca nukilan hati ini,
percayalah dalam diam dirimu ku nanti,
dalam kelam harapan ini menyala di sanubari,
kerna sekali kau ku cinta, selama itu rasa kasih terpateri.

cerita cinta kepada bella,
gadis impian pujaan jejaka,
namun kasih ini tak pernah terucap,
cinta ini tak pula terungkap...

inilah kisah cinta padamu bella.

Wednesday, October 5, 2011

kau yang ku nanti....




hari ini kau ku masih nanti,
siapa tahu esok ku akan memiliki.
tak pernah ku anggap penantian ini sia-sia,
bila mana dalam anganku kau selalu ada.

Friday, September 16, 2011

awan di penjuru dunia...





awan di penjuru dunia, seolah merenung hiba.
seakan memberi petanda bahawa tiada ruang untuk cinta hadir membelai jiwa.
lantas ku palingkan wajah memandang awan yang lain walau hakikatnya ku berharap awan tadi kan berubah warnanya.

Tuesday, September 13, 2011

jgn mudah memberi hati...




pesan pada hati, jangan mudah memberi. kerna sekali memberi hati, selama mana namanya di hati....

Sunday, September 11, 2011

pidato dahulu kala....



video ni dimuatnaik sempena kemerdekaan.

intro:

imbas kembali 499 tahun yg silam,
telah berlaku kejadian yang suram.
detik kejatuhan kerajaan Melayu melaka ke tangan Portugis,
banyak jiwa yang telah menangis,
mengenang hakikat yg penuh tragis.
betapa sejarah telah menjadi bukti,
tanpa kekuatan integriti,
kota melaka yg mencapai keagungan,
tersungkur rebah menyembah bumi dimamah penjajahan.

bla..bla..bla..

tuntasnya, daripada sidang hadirin bangun pagi-pagi, buka Facebook bermain pet society, komen pula pada satus sendiri, lebih baik bersama-sama kita tingkatkan integriti, agar maruah dan kehormatan negara bukan lagi elergi sepi. tidak mengapa andainya saya kehilangan seorang isteri, esok ataupun lusa saya boleh berkahwin lagi, tepai andai hilangnya nilai integriti dalam diri, bukan sahaja negara tidak dihormati malah mengundang musibah, masalah kepada sesebuah negara.

bla.bla..pepatah cina...

sekian..

(malas nak transkripkan teks penuh)


p;s: enjoy it. xbest tahu dah, saje2 je upload..kui3...hehehe

Friday, September 9, 2011

k-pop??? kui3...




many asked me to give comments about the new band so called Max 24: 7. as a well-known korean fan (ngaku lak), my friends wanted me to give views on this new occurrence in Malaysia. waka waka.

this band is known as a group which imitates korean music trend---> k-pop.

when browsing all the comments in the viewers' page on Youtube, i feel so sympathetic with all these young 'jambu' men---> from the bottom of my heart...

there are of course more destructive comments compared to constructive ones..

nevertheless, this band is so brave to come up with their debut. but, of course, they will be straight away compared to all those famous and superb k-pop original bands such as SUJU, Beast, 2 p.m, U' Kiss, FT Island and many many many more..haha...

in terms of choreography, this band neeeedddddddddddddssssssss to practise a lottttttttt. coming up with a debut does not mean that they just need to memorise all the dancing steps. plus, they have to be more energetic. dancing is not only about expressing, but it is also a way to impress others..


lyrics?? musics? haha..listen to it on your own.. no comments. might be ok..might not be ok..kui3...


in sum, i would say that this group posseses some talents. however, they need to do something to win up our Malaysian fans' hearts. it's not that easy to be a phenomenon!!!!

let's enjoy the real k-pop now..go! Go! Suju!!! Fighting!



kamsa hamida..Chaw Ching Caw Air Ching Chaw.

Wednesday, August 31, 2011

indahnya wanita berduri, eh mawar berduri...






wanita ..
kau umpama mawar berduri.
cantik pada pandangan mata namun bisa melukakan jari.

sungguh indah sebenarnya wanita.
seindah-indah perhiasan dunia.

do'aku: semoga aku tak tertewas dek besarnya godaan wanita.
semoga aku juga menjadi sebaik-baik pencinta wanita..


Monday, August 29, 2011

someone is leaving....





someone is leaving today, on Hari Raya...
hope to see her someday, even it's for the first and the last time in my life time..
hope 'that someday' really comes..ill be waiting..

sa-lamat hr raya and maaf zahir batin. her words honestly have changed me a lot so far...of course for a better me..

Saturday, August 27, 2011

if only you know....

if i have the ability to let you see yourself through my eyes, only then you understand how special you are to me....

when i dream of you, the hardest part is when i have to wake up....






----> mengenalimu suatu keindahan, bersamamu suatu impian, kenangan denganmu tidak akan pernah dilupakan buat sepanjang zaman.....


Sunday, August 21, 2011

meratap cinta....



pada suatu hari seorang jejaka sedang menangis teresak-esak di taman bunga. lantas, datang seorang lelaki tua menghampirinya dan bertanya mengapa.





jejaka itu pun menjelaskan bahawa dia sangat sedih kerana cintanya kepada seorang gadis yang sangat disayanginya telah ditolak.

lelaki tua itu pun memberitahu jejaka itu bahawa dia tidak perlu bersedih kerana yang perlu bersedih ialah si gadis tersebut.

dengan penuh kehairanan, jejaka tersebut pun minta penjelasan dan bertanyakan mengapa.

lelaki tua itu menjawab " sesungguhnya si gadis tersebut yang seharusnya bersedih kerana telah mempersiakan cinta seorang jejaka yang betul-betul menyayangi dirinya. betapa ruginya dirinya.sebaliknya, kamu tidak pernah mensia-siakan wanita yang kamu benar-benar sayangi"...............

Thursday, August 18, 2011

akan terus mencinta....


adakah khilafku kerna begitu menyanjungi kehadiranmu?
adakah silapku kerna begitu mengagumimu?

telah ku tahu sejak detik itu bahawa aku begitu tertawan dengan dirimu....'
walau tak pernah meluahkan padamu namun percayalah bahawa mencintaimu itu adalah kebahagiaanku.....dan anugerah yang aku sendiri tak pinta, namun hadirnya tak pernah diduga...

sekian untuk cinta..akan terus mencinta,,,,








Thursday, June 9, 2011

cintaku umpama si kelkatu





cintaku umpama si kelkatu,
sungguh teruja dengan sinaran lampu...
akhirnya terkorban mati,
dek kerana panasnya pancaran cahaya.

tetapi setidak-tidaknya, mati kelkatu adalah mati berjuang.....

Tuesday, June 7, 2011

luahan hati seorang shukri....




biar kasihku tertusuk duri, kuntuman rindu tetap bersemi...

ku kejar bayangmu dalam kelam, ku mimpi dirimu setiap malam...

lantas, ku padam api sendu, ku semai pula kuntuman rindu...

biar ku jejak jalan berduri, demi kasih pada puteri...

kerna ini lah aku, insan bergelar mohd shukri....

Friday, June 3, 2011

complicated...malaysians tend to explain things.....(in general)

situasi 1 -----> seorang pelancong dari England, Jonathan Smith bertanyakan waktu kepada seorang lelaki tempatan, Supian di Pekan Kemaman.

Smith: Excuse me, sir. what time is it now?
Supian: oh, 3 p.m.
Smith: ok, thanks.

( the mat salleh just be direct in asking the question)




situasi 2 ------> seorang wanita bernama Mak Cik Minah bertanyakan waktu kepada seorang penjaja cendol, Mat Tukiman di Pekan Kemaman.

Mak Cik Minah: Assalamualaikum,mok cik ni dari Kuala Teganu...nok tunggu anok mok cik
turun bas dari Melaka. Tapi gok, mok cik tok pakai jam. henset
pulok habis bateri. susoh jugok ni. buleh duk nok tanye, pukul brape
lening ye?
Mat Tukiman: oh, pukul 3 petang doh ni.

Mak Cik Minah: bereh2, terime kasih. xlame doh la anok mok cik nok sapa ni.

(the mak cik explains her situation first before asking the question)

Sunday, May 15, 2011

warkah rindu buatmu cikgu....





Bismilahirahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.h, salam sejahtera dan apa khabar buat semua guru yang pernah mengenaliku.
diharapkan agar cikgu sihat sentiasa, gembira, ceria bersama keluarga tercinta walau di mana cikgu berada.

pada hari ini, tanggal 16 Mei 2011, aku, anak didikmu ingin mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih cikgu atas segala jasa baikmu untuk mendidikku sejak dari dulu.
ketahuilah, betapa di saat aku menukilkan warkah ini, aku juga sebenarnya seorang guru sama sepertimu dan aku juga dipanggil ‘cikgu’ oleh anak-anak didikku sama seperti aku memanggil dirimu.

cikgu,
jika dahulu aku sering temangu,
jika dahulu aku sering terkeliru,
aku kecewa sedih dan buntu,
mengapa cikgu sering memarahiku,
mengapa cikgu sering menegur tingkah lakuku,
seolah-olah ape yang ku buat semuanya tidak kena di mata mu.

tetapi cikgu,pada hari ini aku telah tahu,
betapa semua itu adalah untuk kebaikanku,
agar aku tidak rebah meniti usia waktu jalan penuh berliku...

memang sudah terlewat cikgu, untuk aku menjadi anak didikmu yang paling mendengar katamu,
memang sudah telambat cikgu, untuk aku menjadi anak didikmu yang paling baik di dalam kelasmu,
tetapi,
tidak pernah terlewat bagiku cikgu untuk aku menjadi anak didikmu yang paling ingat akan jasamu,
anak didikmu yang paling ingat akan namamu.

kerana sesunnguhnya cikgu,
engkaulah yang mengajar aku tulis baca.
engkaulah yang mengajar aku untuk mengira,
engkau juga yang mengajar aku untuk mengeja,
dan engkau juga yang mengajar aku alif, ba dan ta...
sesungguhnya cikgu,
tanpamu aku bukanlah sesiapa,
tanpamu cikgu aku insan tiada apa-apa.

cikgu,
pada saat aku menukilkan luahan rindu ini,
memang sudah ada cikgu yang tiada lagi di dunia ini,
pergi cikgu tidak kembali.....
namun itu bukanlah penghalang untuk rasa kasih ini,
rasa cinta ini untuk terus mekar seperti kuntuman bunga di waktu pagi,
bersinar seperi kilauan bintang di malam hari.

cikgu, mengenalimu satu keindahan, bersamamu satu kegemberiaan, menjadi anak didikmu suatu kenangan yang tidak akan pernah dilupakan buat sepanjang zaman.



Sekian, anak didikmu: mohd shukri bin hussin

Sunday, April 17, 2011

gelagat haiwan yang paling ku suka..............

setiap manusia adalah berbeza.mereka pasti mempunyai cita rasa dan kecenderungan yang tidak serupa.
entri kali ini bukan kisah cinta jejaka dan dara, tetapi tentang gelagat haiwan yang paling diminati manusia.

mungkin ada yang suka melihat si burung terbang bebas di angkasa. melambangkan nilai kebebasan yang diimpi semua.







mungkin ada juga yang suka melihat si monyet bergurau senda. "romantik dan bersahaja" , kata mereka.









namun bagi diriku, gelagat haiwan yang cukup besar dalam memberi makna ialah apabila si ibu kucing menyusukan anak-anaknya. hatiku tersentuh tidak terkira, sungguh besar kasih haiwan kepada anaknya.....















bagaimana dengan anda semua?? tulisan ini sekadar sebuah pekongsian untuk renungan bersama...