Saturday, December 8, 2012

jangan.

jangan kau pergi setelah hati ini kau takluki,
jangan pula kau berlalu setelah harapan yang tinggi kau persembahkan kepadaku,.
jangan juga salahkan aku kerna jatuh cinta,
mengagumi tanpa dicintai
sedang perasaan ini tak ku duga, malah tak pernah pun aku pinta.

Friday, November 30, 2012

tiba masanya.

aku terdampar di pelabuhan kasih,
mengharung cinta tiada bertepi,
aku terpaku di halaman rindu,
menanti sayang tiada berbunga.

tiba masanya aku palingkan hati,
untuk mencinta dia yang sudi,
bukan lagi terus menanti,
mengharap simpati tuk dikasihi.

Sunday, November 11, 2012

masih aku pertahankan





merenung aku akan awan berarak perlahan.
termenung aku menyaksikan mentari pudar sinaran.
tatkala itu sang bayu menghembus perlahan,
seolah membisikkan padaku bahawa cintaku sekadar bertakhta dalam angan.

lantas, aku pun terjaga dari lamunan.
namun dalam sedar perasaan ini masih aku pertahankan.

Sunday, October 28, 2012

aku sebenarnya rela

hari ini dia hadir lg mengetuk pintu hati,
namun esok dia berlalu sepikan diri.

aku sedih sndiri dan putus asa,
menanti tibanya masa dia hadir lagi walau tak lama.

itulah kitaran cinta gembira dalam duka,
namun selagi kernanya aku sebenarnya rela.



aku baik-baik sahaja

aku di penjuru kesepian,
memerhati gelagat manusia sedang bercinta.
romantis: malah sarat dgn janji puitis.

tapi bilakah masa tuk aku bersama si dia?
atau terus murung tanpa sesiapa ada bersama?

sebenarnya tak mengapa aku begini,
mungkin esok atau nanti, dia hadir menjengah lagi
aku baik-baik sahaja walau sendiri.

Saturday, October 27, 2012

kabut emosi semalam.

bintang kadang pun suram.
bulan kadang pun kelam.
aku kadang pun muram.

sebenarnya cinta ini kian tenggelam,
dalam kabut emosi semalam.

tapi aku degil dan masih menunggu.



Wednesday, October 24, 2012

if i could...


if i could then i would.
we may be far apart, but your presence is always close to the heart.




Sunday, October 21, 2012

berlalu dengan pesanan

bayu kenangan menghembus perlahan,
gerimis kerinduan mencurah bak hujan,
aku di sini termanggu keseorangan,
mengenang si dia nun jauh tak berteman .

begitu sedih tuk ku bayangkan,
dia berlalu dengan pesanan,
agar aku kuat tanpanya,
katanya: walaupun jauh, dia kan selalu ada.

pura-puralah aku baik sahaja,
waima di sisiku dia tiada,
aku masih tersenyum ceria,
bulan ada tapi jauh, bintang pun jauh tapi ada.
seolah yang berlaku perkara biasa....



Wednesday, October 10, 2012

berlalu tetapi masih menanti.


terkadang aku ingin berlari dan memimpin tanganmu.
namun ku tahu aku tak bisa menjadi pemilik hatimu.
lantas aku diamkan diri, bermuhasabah kemudian berlalu pergi.
walau sebenarnya aku masih lagi menanti........


Monday, October 1, 2012

akhirnya




akhirnya,
aku bawa diri.
aku buka hati.
pada mana yang sudi.
menjadi pendamping diri.
tak lah bermaksud ku ingin lupakan dia.
cuma ku sedar aku tak tak pernah dlm pertimbangannya.



Tuesday, September 25, 2012

bayangmu berlegar sentiasa

walau tiada lagi ekspresi cinta,
tak pernah bermakna kau telah ku lupa.

aku sekadar sepikan diri,
bermuhasabah lantas ku sedarkan diri.

telah lama daku tahu,
aku watak serpihan dalam hidupmu.

kini biar aku membawa diri,
kau pergilah dengan kekasih hati.

jika suatu hari kau ingin kembali,
percayalah aku sebenarnya masih menanti,

sekali ku rasa cinta,
dalam anganku bayangmu memang ada.




Saturday, September 22, 2012

55tahunmerdeka:merdekakahkita?

video tak seberapa cuma.. dimuat naik sekadar untuk berkongsi rasa. terkadang kita alpa, malah sebenarnya kita kian lupa, betapa kemerdekaan itu bkn sekadar tuk dirai walhal ia perlu dihayati dan diisi....dont forget to pause the song in the playlist first.....

Monday, July 16, 2012

andai ada cinta

andai ada cinta janganlah ada benci.
andai ada benci segeralah memaafi.
andai ada cinta janganlah mengkhianati.
andai ada khianat segeralah insafi.
andai ada dusta segeralah berhenti.
andai ada cinta belajarlah tuk syukuri.
andai tidak disyukuri, bimbang cinta tiada lagi........

-anonymous-

Sunday, July 15, 2012

cukup agar aku kuat


andai tak mampu aku tuk tersenyum,
di saat si dia bahagia bersama pilihannya.
cukup agar aku kuat,
setidaknya agar ku dapat menahan menitisnya air mata.




Friday, June 22, 2012

memiliki dan mencintai...


aku yang masih di penantian,
mengenggam unggun harapan,
agar apinya tak terpadam,
dihembus dek angin kekecewaan.


aku kini sedar bahawa mencintai tak pernah bermaksud memiliki,

aku juga tahu memiliki tak pula bererti dicintai.

Monday, June 4, 2012

terfikir sendirian.

cukup terasa debaran,
bila terfikir tentang si dia...
apakah si dia punya perasaan,
atau tanganku bertepuk sebelah cuma?

perlu ku cerminkan pada realiti,
apakah si dia menaruh hati,
namun masih dan belum ku tahu,
biarlah begini selagi mana ku mampu menunggu.




Friday, June 1, 2012

watak kecil yang tak punya erti...

si dia harus mengerti,
betapa aku tidak sekadar suka,
malah sebenarnya aku mengagumi,
tanpa alasan dirinya bertakhta.

walau perasaan ini tak berbalas,
tak ku pinta tuk dibelas,
kerna ku tak pernah memaksa diri,
perasaan ini hadir tanpapun aku sedari.

jangan dipaksa aku tuk noktahkan cinta,
tak sanggup ku lakukan itu semua,
bila mana sekali ku katakan cinta,
selama itulah dia pujaan di jiwa.

walau akhirnya aku tak pun diterima,
setidak-tidaknya aku berbangga,
kerna aku pernah hadir munculkan diri,
watak kecil yang tak punya erti.

Thursday, May 24, 2012

aku di persimpangan harapan

aku di persimpangan harapan...
berdiri sendirian tiada kepastian...
namun kali ini aku perlu berani...
meluah segala isi hati.

 ini bukan soal apa keputusan...
diterima atau kecewa sebagai jawapan...
ini soal luahan hati...
agar si dia tahu dialah insan dambaan nurani.

namun, andai ditolak...
kelak aku mungkin menyesal kerna mencuba...
terkadang lebih baik tak tahu kesudahan...
daripada terluka mendera perasaan.
inilah natijahnya andai terlalu mengharap pada yang tak pasti :(

Monday, May 21, 2012

watak di masa depan

bertemu tanpa disangka,
membibit pesona gelora di jiwa.
hadir dirimu umpama sang puteri,
mengisi ruang jiwa yang sepi.
ohh,termanggu aku keseorangan,
apakah dia watak di masa depan,
insan yang selama ini ku nanti
sebagai kekasih tuk jadikan isteri??
aku tak punya jawapan...
kerna aku tak pernah bertanya.

Thursday, May 10, 2012

jawapan hati...

mengapa diharap pada yang tak sudi
waima yang iklas pasrah menanti?
mengapa didamba pada yang jauh
sedang yang dekat cintanya teguh?
jawapannya mudah. gerak hati menceritakan segala.
terkadang, amat mudah tuk kita jatuh cinta.
dan tiada alasan untuk terdetik rasa berkenan dan suka.
sesungguhnya, jangan dipertikai segala rasa ini,
kerna hati ini jiwa ini telah pasti,
dialah pilihan yang selama ini dicari,
kerna ini adalah jawapan hati.............