Monday, June 1, 2009
Isu si katak yang tak kunjung sudah….
Andainya kerajaan BN pada tahun 2003 yang hanya memerlukan satu lagi kerusi mencanang pembentukan kerajaan negeri Kelantan dengan mempromosikan budaya lompat parti, pasti pimpinan pembangkang khususnya PAS menyinga dengan mengatakan BN gila kuasa dan tak sedar diri. Pasti kata mereka mandat rakyat perlu dihormati dan kerajaan yang dipilih perlu terus mentadbir negeri.
Namun, pelan 16 September Anwar Ibrahim disambut dengan tangan terbuka oleh pakatan pembangkang. Bukan satu kerusi yang diperlukan malah 30 ahli parlimen dikehendaki untuk melompat barulah tercapai matlamat pembentukan kerajaan baru di Putrajaya. Pelan peralihan ini disambut dengan sepenuh hati dan ada juga yang telah mula berangan nak jadi menteri.
Hendak dijadikan cerita, Adun Bota yang pula melompat. Pemimpin pembangkang mengatakan inilah yang menjadi bukti betapa suburnya demokrasi. Tetapi panas yang disangka sampai ke petang, hujan pula menjengah di tengahari. “U turn” oleh Adun Bota dan lompatan akrobatik oleh 3 adun pembangkang mengkomplikasikan segala ceritera.
Pembangkang tak dapat menerima bahawa mereka kini telah kehilangan kuasa. Protes jalanan, bersidang bawah pokok, saman-menyaman dan mogok lapar menjadi plot kepada penentangan yang direncana. Jerat mengena diri sendiri.
Persoalannya, siapakah bersalah dalam hal ini? Seandainya semua parti politik betul-betul menghormati dan memahami apa itu ertinya demokrasi, pasti tidak berlaku perkara seumpama ini. Rakyat Malaysia sudah penat dihidangkan dengan permainan politik. Banyak lagi benda berfaedah yang hendak difikirkan.Hentikanlah!!!!!!!
Bingkisan untuk Renungan
Ahli politik memang menyusahkan….
Ahli politik memang menyerabutkan…
Gila kuasa…
Gila pangkat…
Natijahnya, rakyat menderita…
Natijahnya, rakyat yang sengsara…
Cubalah fikirkan juga masa depan Negara,
Ekonomi yang dilanda gerhana,
Kebejatan moral yang melanda,
Ketegangan kaum yang semakin membara.
Berdamailah kalian,
Lupakan segala sengketa,
Kuasa di dunia kuasa sementara,
Hukuman setimpal menanti di
Hidup kita bukanlah untuk hari ini semata,
Hari esok pasti jua menjelma,….
Berilah peluang untuk anak-anak, cucu-cicit kita di masa depan
untuk merasai nikmat kebahagiaan dan erti perpaduan,
janganlah kalian punahkan keharmonian yang sekian lama kita kecapi selama ini
hanya kerana kebencian kalian sesama sendiri…..
Tuesday, May 26, 2009
Perbualan antara Dua MB Perak(Ekslusif di P.A.Z)
Nizar : Waalaikumussalam..aik?ngko boley bagi salam?
Zambery : Iyelah..aku pon muslim macam engko jugak.
Nizar : Astaghfirullah..selama nie mati2 aku ingat ko non-muslim.
Zambery : Bukan kah semua orang Islam itu bersaudara?
Nizar : Iyelah, baru aku teringat. Presiden aku Tn. Hj. Abd Hadi Awang pon ade cakap mcm tu.
Tapi dulu aku ingat orang2 UMNO non-muslim.
Zambery : UMNO kan melayu, dan melayu menurut perlembagaan mesti beragama Islam.
Nizar : Ya Allah. Selama ni aku dah salah fahaman. Aku yang dilantik atas kouta MB melayu
dah ajar orang-orang Melayu dalam parti aku tak hormat pada Sultan
Melayu.Sedangkan parti aku bukan pemenang kerusi majoriti. Aku nak sangat kuasa
sampai aku pijak hormat pada pemimpin, aku ludah persaudaraan Islam.
Zambery : Tak Apalah. Alhamdulillah nkgo dh sedar. Aku pon dulu gatal sgt nk jd MB.
sedangkan aku lupa betapa beratnya tanggungjawab seorang pemimpin yg akan
disoal di akhirat kelak.
Nizar :so macam mana kite nak selesaikan kemelut politik kat Perak ni?
Zambery : macam ni lah, kita 1,2, jus! nk?
Nizar : Ceh!xmolah.kita lawan tarik tali lah.nk?
Zambery :Hurm..bagus jgk..sebab selama ni pon kita asyik main tarik tali jer.
kedua-duanya : Hahahahahah (ketawa tak ingat dunia)
Wednesday, March 25, 2009
sekitar temuduga UMNO
Calon temuduga: selamat pagi tuan.
Penemuduga: selamat pagi,jemput duduk. Baiklah, soalan pertama dan paling utama yang selalu diajukan kepada
sesiapa sahaja yang datang temuduga:
1) kenapa awak nak
Calon temuduga: sebab saya nak
diakhirat kelak depan tuhan.
Penemuduga: bagus2, awak sangat yakin..selamat berjaya di dunia dan diakhirat.
Sunday, February 22, 2009
Saturday, February 21, 2009
Lambakan Modal Insan
257,411?? Apa yang kita boleh buat dengan orang seramai 257,411 ini? Jika kita ingin menubuhkan pasukan bola sepak , kita boleh membentuk sebanyak 23, 401 pasukan kesemuanya. Jika kita ingin mewujudkan pasukan futsal, kita sebenarnya boleh menubuhkan lebih banyak lagi pasukan iaitu sebanyak 51,482 buah pasukan kesemuanya. Justeru, apakah signifikannya dengan angka 257, 411 ini?
Untuk pengetahuan semua, menurut statistik yang dikeluarkan oleh harakahdaily, terdapat seramai 257,411 orang anak luar nikah di
Dalam dewan persidangan pula, ahli-ahli parlimen lebih teruja membahaskan angka KDNK Negara, peratusan pertumbuhan ekonomi Negara dan pembentangan bajet Negara. Bagi mereka, seolah-olah tiada keperluan bagi membincangkan angka-angka yang berkaitan dengan pertambahan bilangan anak tanpa bapa ini kerana ia tidakpun mampu maningkatkan pendapatan Negara.
Lihat saja dalam manifesto patri-parti yang bertanding dalam pilihan raya, mereka lebih cenderung untuk memperjuangkan pembangunan ekonomi, kesamarataan kaum dan peningkatan infrastruktur dalam Negara. Bagi mereka, bukanlah satu keutamaan untuk memperjuangkan isu kebobrokan moral yang melanda seperti isu gay, lesbian, ketagihan arak, mat rempit, ketagihan dadah dan sebagainya.
Lantas, kita semua seharusnya berfikir, apakah kita harus membiarkan perkara seumpama ini berlaku? Apakah moral anak bangsa bukan lagi manjadi keutamaan dalam rencana perjuangan pemerintahan Negara?
Inilah dia akibatnya apabila politik melebihi batas yang ada. Nasib rakyat terabai, hidup merhaen tergadai, pembangunan sahsiah terbengkalai. Pepatah cina ada berbunyi “buruknya seekor ikan itu adalah bermula dari kepala”. Maka, jika pemimpin politik itu sendiri moralnya sudah pokai, tidak hairanlah jika masalah sosial semakin gawat, pergaulan bebas mendapat tempat, untuk dihormati ilmu tidak lagi diangkat sebaliknya korupsi dan rasuah yang menjadi syarat.
Jika tahun ini angkanya adalah dua ratus ribu, masa hadapan pertambahannya akan terus berlaku. Natijahnya, fenomena anak tanpa bapa ini akan terus menjadi kudis dalam masyarakat yang hanya akan merugikan semua. Kemana perginya ‘modal insan’ yang dicanang-canang?
Tuesday, February 17, 2009
(Composed by Michael Heart)
2009
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Saturday, February 7, 2009
RUKUN NEGARA MALAYSIA
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
(sesiapa yang tidak mempunyai kepercayaan kepada Tuhan tidak layak menjadi rakyat Malaysia)
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
(sesiapa yang tidak patuh dan setia kepada Institusi Raja-Raja Melayu (dah kalo sultan kata berhenti dia tak nak berhenti tu patuh setia ka?) serta tidak patriotik dan setia kepada negara Malaysia tidak layak menjadi rakyat Malaysia)
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
(sesiapa yang tidak mengamalkan serta menghormati Perlembagaan Malaysia yang telah diaktakan tidak layak menjadi rakyat Malaysia)
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
(sesiapa yang tidak menghormati, tidak patuh, serta ingkar kepada undang-undang yang termaktub tidak layak menjadi rakyat Malaysia)
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
(sesiapa yang tidak sopan (dah kalo wat tunjuk perassan siap halang kereta diraja tu sopan ka?) serta tiada norma kesusilaan tidak layak menjadi rakyat Malaysia)
Untuk renungan:
"sesetengah politikus, sibuk dan gah melaungkan panji perjuangan mereka tanpa mereka sedar yang mereka bukan sahaja tidak layak menjadi pemimpin, wakil rakyat, menteri besar, apatah lagi Perdana Menteri kerana hakikatnya mereka sebenarnya langsung TIDAK LAYAK MENJADI RAKYAT MALAYSIA."
Sunday, February 1, 2009
Mengapa orang berbangsa Yahudi lebih bijak daripada orang bukan berbangsa Yahudi?
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Sumbangan: Dr. Stephen Carr
Lu Pikir lah Sendiri!!!Assalamualaikum!
Saturday, January 31, 2009
Memancing Katak@Kodok
lompat si katak lompat,
lompatlah tinggi-tinggi,
cepatlah Y.B cepat,
kalau hendak melompat parti.
lompat si katak lompat,
lompat ke arah depan,
cepatlah Y.B cepat,
jangan salah termakan umpan.
lompat si katak lompat,
lompat di atas papan,
cepatlah Y.B lompat,
bila dah kalah Ketua Bahagian.
lompat si katak lompat,
lompat ke sawah padi,
cepatlah Y.B lompat,
jangan hirau perasaan pengundi.
katak di sana sini,
sedang cuba melompat,
mestilah rasa rugi,
kalau tak lompat tak dapat pangkat.
Friday, January 23, 2009
Terfikirkah kita???
PAS: 29
PKR: 31
DAP: 23
Setelah menawan Kuala Terengganu, PAS kini telahpun menduduki 29 kerusi parlimen. Justeru, secara nisbahnya, PAS merupakan rakan kongsi kedua terbesar dalam Pakatan Rakyat, itupun hanyalah ketinggalan 2 kerusi berbanding PKR. Justeru, selepas ini, janganlah ditakuti gertakan si Lim Guan Eng atau si Karpal Singh yang memang tidak merelakan syiar Islam di bumi
Si kecil berhati besar (diilhamkan oleh "mata ku juling"
Dikisahkan pada zaman nabi Ibrahim dulu, pada ketika nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang zalim, api dikatakan sangat besar menjulang-julang sehinggakan menghampirinya juga berasa begitu panas. Ramai orang memerhatikan sahaja, takut dan bimbang akan kemurkaan Raja Namrud.
Tiba-tiba, kelihatan ada seekor burung pipit yang sangat kecil terbang berulang-ulang kali dari kawasan perigi ke tempat pembakaran itu. Rupa-rupanya, burung kecil itu sedang membawa air menggunakan paruhnya yang kecil itu, untuk menyiram api yang sangat marak menyala.
Haiwan lain bertanyakan kepada burung kecil itu…
“Kau ni, melakukan sesuatu yang sia-sia. Masakan air yang kau bawa itu dapat memadamkan api yang besar itu?”
Burung kecil itu menjawab,
“Paling kurang, nanti bila aku mati nanti, dan berhadapan dengan Allah nanti, aku boleh menyatakan ini usaha aku untuk membantu nabi Ibrahim. Air yang sedikit ini akan menjadi saksi usaha aku yang kecil ini”
Untuk hikmah dan muhasabah:
Semenjak pengumuman pemboikotan barangan dari Israel dan Amerika, bilangan barang yang diboikot bukanlah persoalan utama, tetapi sudahkah kita sedar betapa lemahnya Umat Islam pada waktu ini?sudahkah kita perbetulkan perspektif kita, membina semangat untuk memulakan inisiatif memperbaiki kelemahan itu. Mulakanlah suatu usaha untuk membantu Islam, walaupun sedikit, yang penting konsisten@istikomah. Sebarkanlah ideologi yang kita boleh hidup tanpa Amerika dan Israel serta sekutu-sekutu mereka. Umat Islam pasti Cemerlang!AllahuAkbar!!
Saturday, January 17, 2009
Wahai Haji Abdul Wahid bin Endut!
Wahai Haji Abdul Wahid bin Endut,
telah datang amanah Allah padamu,
seruan menegakkan kebenaran,
melaksanakan keadilan,
menjunjung daulah keimanan.
Maka jangan kau sangsikan lagi tujuan,
jangan kau dustakan lagi kepercayaan,
jangan kau berpaling dari perjuangan.
Katakanlah yang benar itu benar,
yang hak itu hak,
yang betul itu betul.
Tegaskanlah yang salah tetap salah,
yang batil tetap batil,
yang kotor tetap kotor.
Di akhirat kelak kau tak akan lepas,
daripada soalan yang menyesakkan nafas,
adakah amanah telah kau lunas?
adakah mungkar telah kau banteras?
jika lulus, ke 'bahagia' kau terus,
jika mampus, ke 'jahanam' kau hapus.
Keputusan Pilihanraya kecil P36
|
|
Tuesday, January 13, 2009
Produk Israel yang seboleh-bolehnya cubalah diboikot.
Brands and labels to boycott:
1. Fast Food
- Mc Donald's
- KFC
2. Beverages, Drinks
- Coca-cola
- Dr. Pepper
- Fanta
- Sprite
- Schweppes
- Lilt
- Fruitopia
- Sunkist
- Kia Ora Fruit Squashes
3. Food, Snacks
- Buitoni
- Danone
- Perrier
- Libby's
- Maggi
- Nestlé
- Shreddies cereal
- Nestlé KitKat
- Vittel
4. Consumer Products (Tissue, Diapers)
- Kimberly-Clark
- Kotex
- Huggies
- Kleenex
5. Cosmetics, Body Care
- Biotherm
- Sanex
- Garnier
- Clinique
- Helena Rubinstein (HR)
- L'oréal Paris
- Origins Natural Resources
- Maybelline
- La Roche-Posay
- Redken 5th Avenue NYC
- Vichy
- Johnson & Johnson
- Revlon
- Brylcreem
6. Perfumes, Fashion, Cosmetics
- Boss (Hugo Boss)
- Calvin Klein
- Lancôme Paris
- Giorgio Armani
- Estée Lauder
- Tommy Hilfiger
- Donna Karan New York (DKNY)
- Ralph Lauren
7. Fashion, Clothing
- Aramis
- Prescriptives
- La Mer
- Bumble and Bumble
- Jo Malone
- Kate Spade
- River Island
- GAP
- JC Penney
- Timberland
- J. Crew
8. Sportswear
- Champion
- Outer Banks
9. Home Products
- Ambi Pur
- Kiwi (shoe care)
- Sara Lee
10. Coffee, Coffee Systems, Tea
- Douwe Egberts
- Maison Café
- Superior Coffee
- Pickwick
- Piláo Café
- Starbucks Coffee
11. Technologies
- ICQ
- AOL
- Nokia
- IBM
- Intel
12. News Corporation, Publications
- Sky TV Network
- 20th Century FOX
- Star TV Network
- National Geographic Channel
- The Weekly Standard
- New York Post
- News of the World (UK)
- The Sun (UK)
- The Times (UK)
- The Daily Telegraph (Australia)
- Harper Collins
- Nursery World
- Disney
- TIME Magazine
- CNN
13. Clothing (Socks, Babywear, Intimate Apparel)
- DIM
- Victoria's Secret
- Banana Republic
- Structure
- Pryca
- Lindex
- Playtex
- Auchan
- Just My Size
- Hema
- Wonderbra
- Bali
- Hanes
- L'eggs
- Lovable
- Nur Die
- Gossard
14. Retailers, Stores, Shopping Complex
- Carrefour
- Tschibo
- Marks & Spencer
- Selfridges & Co.
- The White Barn Candle Co.
- Mast Industries Inc.
- Express
- Structure
- Henri Bendel
- Intimate Brands Inc.
- The Limited
- New York & Company
- Lerner New York
15. Home Depot
- Expo Design Centers
- Georgia Lighting
- Villager's Hardware
- Maintenance Warehouse
- The Home Depot
- Apex Supply Company
Thursday, January 8, 2009
Salam P36
Rakyat Malaysia pastinya menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang dijangka cukup ‘hangat’ dan ‘panas’. Pada pilihan raya kecil 17 Januari ini, pertandingan ini akan melibatkan calon BN, Wan Ahmad Farid menentang calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat. Alangkah meriah piliha raya ini sekiranya ada pihak yang menaja calon Bebas bersemangat tinggi, Tok Mun yang bertanding demi bangsa, agama dan Negara.
Seperti biasa, tatkala adanya pilihanraya, tiba-tiba sahaja ahli-ahli politik menjadi begitu prihatin kepada semua. Mereka sanggup ke kedai kopi, kononya nak tinjau keadaan rakyat dengan mata sendiri.
Gelagat penyokong-penyokong parti juga tidak kurang memualkan. Sesama agama sesama bangsa sanggup berbalah, ada yang kena tumbuk sampai rebah. Sepatutnya masa mengundi, kita mengundi, kenapa nak perlu berprovokasi. Gaduh
Tidak kurang menariknya selepas tamat pilihan raya. Wakil rakyat yang prihatin pada semua, tiba-tiba hilang entah ke mana. Tidak ada lagi aksi duduk bersila bersama rakyat, atau gelagat mesra bergurau senda. Kalau rasa rindu nak tengok wakil rakyat masuk kampung berjalan kaki, sama-sama kita tunggu 5 tahun lagi.
Politik untuk membela rakyat atau sekadar mendapat mandat?
Politik untuk manabur jasa atau sekadar inginkan kuasa?