Wednesday, May 26, 2010

F**K????










Aku terkeliru, dan sering termanggu…

Fikiranku buntu, memikirkan sesuatu,

Perkara yang sering kufikirkan sedang berlaku,

Baik dalam kalangan rakan mahupun orang kampungku….


Ia berlaku, di mana-mana,

Baik di desa mahupun di kota,

Oleh yang mudamahupun si kerepot tua...


Isyarat ditunjuk dengan penuh lagak,

Penuh perasaan membuak-buak,

Tanda ‘ganasnya aku’ mempamer emosi,

Tak berpuas hati membuak di hati…


Isyarat ini apa maknanya?

Mengapa dijaja seantero Negara?

Banggakah kalian sering menunjukkannya?

Walhal sekadar mencemar akhlak manusia?

Ke mana menghilang peradaban yang dibangga?

Wednesday, May 19, 2010

Epilog diriku...


ibu…ibu..Engkaulah ratu hati ku,,,

Kau kendong aku 9 purnama lamanya,

Sehinnga aku dilahir untuk melihat dunia yang fana…


Tapi ibu, kenapa kau buang dan campak aku,

Walhal aku berasal dari perutmu....

Walhal aku bersalasilah dari keturunanmu…


ibu..ibu..dengarlah rintihan suaraku…

Aku tahu aku hanyalah insan yang lemah,

Tak mampu berbuat apa-apa untuk menggembirakan dirimu..

Tapi berdosakah aku wahai ibu, sampai tak sanggup untukmu pangku dan belai diriku???

Terlalu hinakah aku wahai ibu, hatta tak sanggup untuk kau jaga dan besarkan aku???


Memang benar, aku dilahirkan hasil dari dosa silammu…

Lantaran kerakusan dirimu malampiaskan nafsu serakahmu…

Aku hadir kedunia tanpa diundang apatah untuk disambut dengan senyuman…


Aku juga ingin mengenal dunia seperti insan-insan lain…

Aku juga ingin hidup seperti rakan-rakanku, yang dipuja, dikucup dan ditatap dengan

penuh kasih sayang oleh ibu dan ayah mereka…


Mengapa tergamak wahai ibu, kau tinggalkan aku???

Aku juga diciptakan Tuhan sama sepertimu, untuk menjadi khalifah di muka bumi ini…


Tidak mengapalah ibu,

Andai itu yang kau rasa terbaik untukku, apakan daya diriku….

Aku hanyalah insan yang lemah, tak mampu berkata-kata,

Walau untuk melawan tatkala ditinggal dan dibiar hina…


Namun,

Aku juga punya Tuhan…Tuhan yang sayangkan aku…

Kelak kita akan berjumpa juga, di alam abadi, yakni kehidupan selepas mati…

Aku juga ingin kenal siapa itu ayahku yang sebenar…