Sunday, May 15, 2011

warkah rindu buatmu cikgu....





Bismilahirahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.h, salam sejahtera dan apa khabar buat semua guru yang pernah mengenaliku.
diharapkan agar cikgu sihat sentiasa, gembira, ceria bersama keluarga tercinta walau di mana cikgu berada.

pada hari ini, tanggal 16 Mei 2011, aku, anak didikmu ingin mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih cikgu atas segala jasa baikmu untuk mendidikku sejak dari dulu.
ketahuilah, betapa di saat aku menukilkan warkah ini, aku juga sebenarnya seorang guru sama sepertimu dan aku juga dipanggil ‘cikgu’ oleh anak-anak didikku sama seperti aku memanggil dirimu.

cikgu,
jika dahulu aku sering temangu,
jika dahulu aku sering terkeliru,
aku kecewa sedih dan buntu,
mengapa cikgu sering memarahiku,
mengapa cikgu sering menegur tingkah lakuku,
seolah-olah ape yang ku buat semuanya tidak kena di mata mu.

tetapi cikgu,pada hari ini aku telah tahu,
betapa semua itu adalah untuk kebaikanku,
agar aku tidak rebah meniti usia waktu jalan penuh berliku...

memang sudah terlewat cikgu, untuk aku menjadi anak didikmu yang paling mendengar katamu,
memang sudah telambat cikgu, untuk aku menjadi anak didikmu yang paling baik di dalam kelasmu,
tetapi,
tidak pernah terlewat bagiku cikgu untuk aku menjadi anak didikmu yang paling ingat akan jasamu,
anak didikmu yang paling ingat akan namamu.

kerana sesunnguhnya cikgu,
engkaulah yang mengajar aku tulis baca.
engkaulah yang mengajar aku untuk mengira,
engkau juga yang mengajar aku untuk mengeja,
dan engkau juga yang mengajar aku alif, ba dan ta...
sesungguhnya cikgu,
tanpamu aku bukanlah sesiapa,
tanpamu cikgu aku insan tiada apa-apa.

cikgu,
pada saat aku menukilkan luahan rindu ini,
memang sudah ada cikgu yang tiada lagi di dunia ini,
pergi cikgu tidak kembali.....
namun itu bukanlah penghalang untuk rasa kasih ini,
rasa cinta ini untuk terus mekar seperti kuntuman bunga di waktu pagi,
bersinar seperi kilauan bintang di malam hari.

cikgu, mengenalimu satu keindahan, bersamamu satu kegemberiaan, menjadi anak didikmu suatu kenangan yang tidak akan pernah dilupakan buat sepanjang zaman.



Sekian, anak didikmu: mohd shukri bin hussin