Saturday, October 25, 2008

Poor alignment Parliament





Stand tall with order,

Though it can easily fall over,

Not because of the weak structure,

But for the presence of the stupid corruptor.

We are the viewers,

We are looking cynically at those toddlers,

We put our trust in the hand of destructors,

And let our fate drown and suffer.

This vehicle has broken down,

Because it is too packed with clowns.

With the passengers screaming with anger,

Throwing shits at one another,

Due to the ‘poor alignment’.

Poor alignment of the “poor-liament”.

Thursday, October 16, 2008

Renungan Jum'ah


"SELALU INGAT MATI, SYARAT BAHAGIA ABADI"

Monday, October 13, 2008

Sekilas pandangan, sekadar renungan…

16 September dah tak jadi, maka kita tunggu pula hari Raya Haji. Mana lah tahu, kalau kali ini betul-betul terjadi. Untung-untung lepas ni, nak isi minyak pun dapat ‘free’. Siapa tak suka hidup bersubsidi, harga barang murah, hidup pun tak lah jadi susah.

Kalau yang dulu katanya tak jadi sebab kerajaan larikan ahli-ahli Parlimen pergi melawat Taiwan belajar tanam padi, kita tengok kali ini ke mana pula mereka hendak membawa diri. Kot-kot lepas ni pergi ke Timbaktu, belajar tanam ubi kayu.

Pak Lah pun dah umum akan berhenti, Najib pula dapat pencalonan tak henti-henti. Bila pemimpin umum berundur, ketegangan dalaman nampaknya sedikit kendur.

Malaysia kini tak macam Malaysia yang dulu. Rakyat semakin berani, sikit-sikit tak puas hati nak berdemonstrasi. Kita kenalah fikir, asal sahaja tak puas hati, tak perlulah kita turun di jalanan. Jangan dibenih ini semua, kena ambil iktibar apa yang berlaku di Rwanda dan Somalia.

Insaflah semua, kita sekarang tak perlu susah-susah nak pikul senjata nak dapatkan kemerdekaan. Cukuplah sama-sama kita isi dan hayati apa itu erti kebebasan.

Tuesday, October 7, 2008

"Berhala" yang Tak tentu Hala



Kau disembah bukan kerna kau dewa,
tapi kerna kau bisa berupaya,
tajam kata lidah berbisa,
lebih daripada manusia biasa.
Engkau Dewa mereka,
tapi kau bukan tuhan semua,
memang kau mampu turunkan harga,
memang kau mampu beri semua percuma,
memang kau berani mendongak bangga,
namun tak semestinya kau kekal bertakhta.
Kau "Berhala" yang tak tentu hala,
gilakan kuasa, lebih daripada segala,
layaknya kau Gila,bukannya Dewa,
Tuduh musuhmu yang memang tak suka.
Anwar, Pak Lah, Najib, Lim Kit Siang, Abd Hadi,
jangan kau sibuk menggapai kuasa,
kerna masa tak selalu bersama,
entah esok entahkan lusa,
Maut menjengah tanpa diminta.

Puisi untuk yang "gila kuasa tak ingat mati".