Monday, October 13, 2008

Sekilas pandangan, sekadar renungan…

16 September dah tak jadi, maka kita tunggu pula hari Raya Haji. Mana lah tahu, kalau kali ini betul-betul terjadi. Untung-untung lepas ni, nak isi minyak pun dapat ‘free’. Siapa tak suka hidup bersubsidi, harga barang murah, hidup pun tak lah jadi susah.

Kalau yang dulu katanya tak jadi sebab kerajaan larikan ahli-ahli Parlimen pergi melawat Taiwan belajar tanam padi, kita tengok kali ini ke mana pula mereka hendak membawa diri. Kot-kot lepas ni pergi ke Timbaktu, belajar tanam ubi kayu.

Pak Lah pun dah umum akan berhenti, Najib pula dapat pencalonan tak henti-henti. Bila pemimpin umum berundur, ketegangan dalaman nampaknya sedikit kendur.

Malaysia kini tak macam Malaysia yang dulu. Rakyat semakin berani, sikit-sikit tak puas hati nak berdemonstrasi. Kita kenalah fikir, asal sahaja tak puas hati, tak perlulah kita turun di jalanan. Jangan dibenih ini semua, kena ambil iktibar apa yang berlaku di Rwanda dan Somalia.

Insaflah semua, kita sekarang tak perlu susah-susah nak pikul senjata nak dapatkan kemerdekaan. Cukuplah sama-sama kita isi dan hayati apa itu erti kebebasan.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.