Thursday, November 13, 2008

Luahan rasa yang termanggu….



Geli hatiku melihat parlimen,

Wakil rakyat saling berbalah,

Bermain api bermain sentimen,

Terpekik terlolong tak pernah berubah.



Sedih melihat Dewan Rakyat,

Telatah kelakar para pemimpin,

Maki hamun tak reti penat,

Asal diluah apa yang ingin.



Simpati melihat Tuan Speaker,

Pening kepala melayan kerenah,

Emosi perwakilan yang sering “over”,

Kebudak-budakan bertikam lidah.



Meluat tengok rancangan di TV,

Siaran langsung setengah jam,

Soalan ditanya pada menteri,

Semua nak glamour harap dirakam.



Benci dengan sikap mereka,

Tak puas hati keluar dewan,

Mandat rakyat seolah dipersia,

Bikin kontrovesi semacam mainan.



Terfikir kadang tentang sesuatu,

Apa anggapan pemerhati luar,

Debat parlimen emosi melulu,

Tak puas hati selar-menyelar.



Inikah dia si bijak pandai,

Cendiakawan pejuang bangsa,

Intelek tinggi moralnya pokai,

Cakap berapi retorik semata.



Kasihan rakyat yang buat pilihan,

Perwakilan dipilih seakan badut,

Bermain sarkis di dalam dewan,

Buat pertunjukan kelakar tak patut.



Bangunan tersergam di depan mata,

Dewan mulia bersidang semua,

Fasiliti kita kelas pertama,

Mentaliti MPs kelas ketiga.

5 comments:

  1. awak...
    hikhik....
    emosi nampak.
    biasa lah tu wak...


    t.care tau!!
    =)

    ReplyDelete
  2. http://mt.m2day.org/2008/content/view/11688/84/ ini laman web lah

    ReplyDelete
  3. weh sapa mata redup nih????
    bro kalo berani buka ini laman web lah.... baru ko tau sapa setan sapa sultan.... hehehehe

    ReplyDelete
  4. Have weekend for Malasian people!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.