Saturday, January 17, 2009

Wahai Haji Abdul Wahid bin Endut!




Wahai Haji Abdul Wahid bin Endut,
telah datang amanah Allah padamu,
seruan menegakkan kebenaran,
melaksanakan keadilan,
menjunjung daulah keimanan.
Maka jangan kau sangsikan lagi tujuan,
jangan kau dustakan lagi kepercayaan,
jangan kau berpaling dari perjuangan.
Katakanlah yang benar itu benar,
yang hak itu hak,
yang betul itu betul.
Tegaskanlah yang salah tetap salah,
yang batil tetap batil,
yang kotor tetap kotor.

Di akhirat kelak kau tak akan lepas,
daripada soalan yang menyesakkan nafas,
adakah amanah telah kau lunas?
adakah mungkar telah kau banteras?

jika lulus, ke 'bahagia' kau terus,
jika mampus, ke 'jahanam' kau hapus.

5 comments:

  1. Hudud dan Qisas, terlaksanakah ia dibumi Malaysia ini???

    buktikan wahai si wakil rakyat yg memperjuangkan Islam...

    ReplyDelete
  2. awk ni...

    awk sokong parti ape ni???
    xnah gtau pun.

    ReplyDelete
  3. politik akhir zaman jangan jadi penakut dengan hanya mengkritik parti pembangkang.... jangan menghina orang yang bercita2 nak tegakan ISlam dan memperlekehkan mereka yang mahu melaksanakan hudud. apa peranan anda untuk tegakan Islam di bumi Malaysia. Berpolitik hanya lah fardhu kifayah tapi berjihad untuk menegakan ajaran Islam adalah wajib... Jangan jadi penakut dan bacul... setiap orangIslam ada kewajipan utk menjadikan hudud dan qisas terlaksana di bumi malaysia. anda mengaku Islam???? jadi jangan duduk saja dan sambil melihat parti2 Islam berpenat lelah hendak menjadikan Islam tertegak di bumi Malaysia... tak takut lah anda apabila di hisab nnt di hadapan Allah, bila di tanya apa peranan anda untuk menegakan Islam????
    ingat kah kisah burung yg menolong nabi Ibrahim??? mari lah kita mencontohi burung tersebut

    ReplyDelete
  4. Sidang Redaksi P.A.ZJanuary 20, 2009 at 12:46 AM

    'mata ku juling',terima kasih dengan sumbangsaran anda yang penuh beremosi serta memek muka yang berkesan.tapi diharapkan agar 'mata ku juling' dapat mendalami lagi entry2 yang di post di dalam blog ini.nampaknya anda hanya dapat melihat dari sudut permukaan sahaja kupasan yang cuba diketengahkan.kami tidak menyalahkan mata anda yang juling kerana tak dapat melihat apa sebenarnya yang kami cuba sampaikan.mungkin bukan mata anda yang telah juling, tetapi hati anda yang telah juling.kami berterima kasih dengan seruan anda dan mengalu-alukan sekiranya 'mata ku juling' dapat berkongsi ilmu dengan khalayak umum.bolehkah anda kongsi bersama kisah burung yang menolong nabi Ibrahim itu?

    ReplyDelete
  5. Ke Hadapan Incik Anonymous,
    Pertama, selagi BN memerintah, lupakan sajalah hasrat anda untuk melihat Hudud & Qisas terlaksana kerana selain non-muslim's organisations ramai hamba duit & dunia di dalamnya yg akan menyekat Hudud & Qisas dari dilaksanakan.
    Kedua, andaikata 1 hari nanti ditakdirkan PAS diberi mandat memerintah negara ini, lihat apa yg akan mereka buat. Adakah ideologi & perjuangan suci yg diasaskan pemimpin terdahulu akan diteruskan? Jangan terlalu pasti kerna di dunia fana ni sesuatu yg pati itu hanyalah MATI...
    Yg Hensem Selalu,
    Incik Hensem

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.