Saturday, February 21, 2009

Lambakan Modal Insan



257,411?? Apa yang kita boleh buat dengan orang seramai 257,411 ini? Jika kita ingin menubuhkan pasukan bola sepak , kita boleh membentuk sebanyak 23, 401 pasukan kesemuanya. Jika kita ingin mewujudkan pasukan futsal, kita sebenarnya boleh menubuhkan lebih banyak lagi pasukan iaitu sebanyak 51,482 buah pasukan kesemuanya. Justeru, apakah signifikannya dengan angka 257, 411 ini?



Untuk pengetahuan semua, menurut statistik yang dikeluarkan oleh harakahdaily, terdapat seramai 257,411 orang anak luar nikah di Malaysia pada masa kini. Angka ini jika diamati sebaik mungkin merupakan angka yang begitu besar sekali. Namun, isu anak luar nikah seolah-olah dipandang sepi oleh semua pihak. Pemimpin-pemimpin politik pada masa kini seolah-olah terlepas pandang akan isu-isu seumpama ini. Mereka lebih berminat untuk berbalah merebut tampuk pemerintahan negeri Perak. Mereka lebih segar membincangkan isu 16 September, isu lompat parti dan saman menyaman sesama sendiri.



Dalam dewan persidangan pula, ahli-ahli parlimen lebih teruja membahaskan angka KDNK Negara, peratusan pertumbuhan ekonomi Negara dan pembentangan bajet Negara. Bagi mereka, seolah-olah tiada keperluan bagi membincangkan angka-angka yang berkaitan dengan pertambahan bilangan anak tanpa bapa ini kerana ia tidakpun mampu maningkatkan pendapatan Negara.



Lihat saja dalam manifesto patri-parti yang bertanding dalam pilihan raya, mereka lebih cenderung untuk memperjuangkan pembangunan ekonomi, kesamarataan kaum dan peningkatan infrastruktur dalam Negara. Bagi mereka, bukanlah satu keutamaan untuk memperjuangkan isu kebobrokan moral yang melanda seperti isu gay, lesbian, ketagihan arak, mat rempit, ketagihan dadah dan sebagainya.



Lantas, kita semua seharusnya berfikir, apakah kita harus membiarkan perkara seumpama ini berlaku? Apakah moral anak bangsa bukan lagi manjadi keutamaan dalam rencana perjuangan pemerintahan Negara?



Inilah dia akibatnya apabila politik melebihi batas yang ada. Nasib rakyat terabai, hidup merhaen tergadai, pembangunan sahsiah terbengkalai. Pepatah cina ada berbunyi “buruknya seekor ikan itu adalah bermula dari kepala”. Maka, jika pemimpin politik itu sendiri moralnya sudah pokai, tidak hairanlah jika masalah sosial semakin gawat, pergaulan bebas mendapat tempat, untuk dihormati ilmu tidak lagi diangkat sebaliknya korupsi dan rasuah yang menjadi syarat.



Jika tahun ini angkanya adalah dua ratus ribu, masa hadapan pertambahannya akan terus berlaku. Natijahnya, fenomena anak tanpa bapa ini akan terus menjadi kudis dalam masyarakat yang hanya akan merugikan semua. Kemana perginya ‘modal insan’ yang dicanang-canang?





5 comments:

  1. if we want to talk about should we blame or not this "SEKULAR SYSTEM", it will take a whole night day long ;p
    i just want to say come to think about the "ANAK ZINA"
    KESIAN MEREKA.......
    they dont want to have the 'title', but unfortunately because of "others mistake", they have to take the burden that comes along with the "title"
    its always about the "roots" that shape the "production"

    ReplyDelete
  2. Sidang Redaksi P.A.ZFebruary 23, 2009 at 6:58 AM

    Sukaragu, thanks 4 ur comment.

    let us back to the basic. when the foundation of the moral itself has problems, no wonder the products of our moral system nowadays are such like these.

    some actions must be taken by all parties...it is no use if we only live with slogans, without putting the slogans into practice. Malaysia is now all about rhetoric in politics.

    ReplyDelete
  3. Mak Aih,habih sume speaking nih..xleh jd,aku pun nk speaking jgk!
    Going back to d topic, which part @ organization in d country should take d responsibility of diz issue?
    Mahkamah Syariah no longer have the absolute power in handling those culprits coz rather than being a religious crime, their lawyers 'cleverly' turn it to immoral conduct...The same goes to every Jabatan Agama Islam in every states in Malaysia (with slight exceptions in Kelantan). They got sued when they tried to get those culprit, mot***f****r to Mahkamah Syariah...
    apalah nk jadi ngan umat Islam zaman skang ni...x pikir ke nasib anak2 yg tak boleh di'nasab'kan keturunan bapanya...
    Ya Allah Ya Tuhan kami,berilah petunjukMu buat kami hambamu yg jahil lagi hina...sesungguhnya hanya Engkaulah tempat kami memohon petunjuk & kepada Engkaulah tempat kembali...Amin

    ReplyDelete
  4. Adoyai.....semua speaking ni...
    um xpe2... Biarlah Bahasa Melayu yang digunakan.
    Sependapat saya(beta), isu moral ini adalah satu isu yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara bangsa dan tamadun. Jika diimbau dari segi konsepnya bagaimana ulama' terdahulu menmanifestasikan konsep tamadun sebagai sebuah pembangunan bukan sahaja dari segi lahiriah dan fizikal malahan turut melibatkan rohaniah dan nilai-nilai murni.
    Bejatan moral yang semakin membarah adalah kayu ukur kepada Malaysia sebagai negara Islam sama ada berjaya untuk mencapai ketamadunan Islam ataupun tidak. Isu moral bukan sekadar melibatkan remaja seperti zina,seks bebas,sumbang mahram,homoseks,....(nanti ye sambung)

    ReplyDelete
  5. sambungan)
    Isu moral bukan sekadar melibatkan remaja seperti zina,seks bebas,sumbang mahram, homoseks,rempit,ragut,rompak,curi dan buang bayi sahaja malahan turut melibatkan "orang besar" atau peghawai kerajaan tinggi yang mengamalkan amalan korupsi seperti politik wang, rasuah dan habuan-habuan tertentu. Terkasaima apa yang menarik rupa-rupanya rasuah juga melibatkan setinggi-tinggi Dato Menteri kita sehinggalah ke polis jalanan yang hanya berpangkat prebet hatta penyapu smapahs ekalipun. Begitu hebat "wabak" ini, tidak mampu mengalahkan selsema babi mahupun selsema burung lantaran penyakit tersebut ada pengubatnya sedangkan wabak moral ini tiada "antivirus" mahupun "antibiotik" yang dapat menahan panahannya dari menjangkiti moral seseorang.
    Dasawarsa ini, kita dengar isu sosial remaja semakin teruk namun jangan lupa seiring itu juga kita dengar isu sosial dan moral pegawai dan kakitangan awam mahupun swasta seiring sekali.
    Justeru, nampakkah anda bahawa ada perkaitan antara akhlak anak-anak muda kita yang teruk dengan akhlak "orang-orang tua" kita yang teruk??? Jika ada kata "kepimpinan melalui teladan, mengapa tidak kejahatan melalui tauladan"???
    Dalam sibuk mencari penyelesaian isu sosial remaja, mungkin penting andai terlebih dahulu kita selesaikan masalah kebobrokan moral dalam kalangan orang dewasa di negara kita. Selapas itu mungkin dengan mudah selesailah masalah anak-anakremaja kita. Jika yang dewasa pun teruk dan lebih teruk, sampai bila-bilapun kita akan gagal membetulkan permasalahan sosial dalam kalangan remaja kita. Fikir-fikirkan. Memang ekonomi terus meningkat, semakin kaya kita, harti bertimbun, namun fikirkan sejauh manakah mampu bertahan negara bangsa kita apabaila tamadun dalamnya kian lemah dan akan lenyap satu hari nanti??? Apakah ada lagi negara tanpa lagi identiti kita???
    Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah. Inilah cabaran terbesar kita dalam menuju ke masa hadapan. Terlepas di dunia namun jangan lupa "DIA" menanti di sana(akhirat).
    Wallahualam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.