Friday, December 24, 2010

termanggu ku memikirkannya...





Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

dalam meniti hari usiaku, aku selalu mendambakan insan yang setulus kasih Anna Althafunissa.. namun aku sering termanggu. adakah aku sebenarnya layak? kerna aku bukanlah abdullah khoirul azzam..

sebelum tidur, sering juga berlegar-legar dalam kotak mindaku akan sepotong ayat Quran dalam surah an-Nur, ayat 26 yang memperihalkan tentang ketentuan bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.