Friday, September 12, 2008

Jadi ke tak??


Shakespeare pernah berkata”To be or not to be, that’s the question.” Seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tertanya-tanya bahawa jadi atau tak jadi sebenarnya berkenaan dengan pertukaran kerajaan pada tanggal keramat 16 September ini.

Ketika pihak kerajaan dengan bersungguh-sungguhnya menafikan akan adanya Ahli Parlimen mereka lompat parti, pihak satu lagi PKR pula dengan yakinnya mencanang bahawa tanggal 16 September merupakan satu realiti. Jadi, sebagai rakyat biasa, pada pihak manakah kita harus percaya?

Sebagai golongan marhaen yang tak punya kuasa, kita sekadar mampu memerhati saja, melihat pergelutan dan perebutan takhta negara. Justeru, walau siapapun yang menjadi penguasa, jangan dikorban rakyat jelata, jangan tergugat perpaduan kita. Agama Islam jangan dikorban, hak Melayu dipersoal jangan, Perlembagaan Negara jadi ikutan, hasutan perkauman dibenih jangan.

Sama ada BN terus berkuasa atau Pakatan Rakyat ke Putrajaya, ayuh sama-sama kita tunggu.

Tunggu, jangan tak tunggu…

1 comment:

  1. gua xlayan sgt politik ni beb..tp gua xkisah sapa2 pn memerintah asalkn hak rakyat terbela..takbir, Allahuakbar!-shuk mu kiut-..nate apo..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.